Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

25) KONDOMINIUM BERHAMPIRAN KUIL SRI MARIAMANN BATU CAVES

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah tarikh Majlis Perbandaran Selayang telah meluluskan pelan pembangunan kondominium 29 tingkat berhampiran Kuil Sri Mariamann dan Gua Batu Kapur Batu Caves ?

    a) 30/11/2007

  2. Apakah keputusan terkini kerajaan negeri terhadap pembinaan kondominium tersebut ?

    Projek Kondominium kepunyaan Tetuan Dolimite belum pun boleh dibina kerana pemaju belum mematuhi keseluruhan syarat-syarat teknikal yang Kerajaan Negeri akan membuat semakan terperinci terhadap laporan-laporan teknikal setelah dikemukakan oleh pemaju kepada MPS.

  3. Adakah kerajaan negeri mempunyai garis panduan untuk pembinaan/pembangunan berhampiran kawasan berisiko seperti lereng bukit dan gua batu kapur ?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri telah pun mengeluarkan satu garis panduan pembangunan tanah tinggi dan lereng bukit. Garis panduan ini telah mula digunapakai pada 24/3/2010.

Lampiran

Tiada Lampiran.