Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

23) PUSAT KEBUDAYAAN

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kedudukan projek Pusat Kebudayaan Melayu, Cina dan India yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor tidak lama dahulu?

    Selepas pemilihan konsep pembangunan ketiga-tiga Pusat Kebudayaan Negeri dilaksanakan, Kerajaan Negeri telah mengadakan pameran bagi Pusat Kebudayaan Melayu, India dan Cina selama 5 hari iaitu bermula pada 27 Jun hingga 1 Julai 2012 bertempat di Ruang Legar Aeon Bukit Raja, Klang. Pameran ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan orang ramai mengenai cadangan pembangunan Pusat Kebudayaan Negeri di Sungai Klang. Secara purata, 95% daripada maklum balas yang diterima adalah menyokong pembangunan projek ini memandangkan ianya akan memberikan impak yang besar dalam sektor kebudayaan dan pelancongan serta mampu menarik ramai pelancong ke Negeri

     

    Kini, Kerajaan Negeri dalam perancangan untuk menyelaraskan ketiga- tiga pembangunan Pusat Kebudayaan Negeri supaya kerja-kerja pembangunan dapat dimulakan mengikut konsep yang telah dipersetujui.

  2. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam projek Pusat-Pusat Kebudayaan tersebut?

    Kerajaan Negeri Selangor bersama agensi-agensi yang terlibat telah mengenal pasti lokasi pusat kebudayaan yang dicadangkan untuk perlaksanaan projek walaubagaimanapun terdapat beberapa cabaran yang perlu ditangani seperti isu pengambilan tanah yang melibatkan kawasan perumahan, kawasan ekologi semulajadi dan kawasan komersial yang masih dalam semakan dan penilaian pihak Jabatan Perancang Bandar dan Desa(JPBD) Negeri Selangor, Majlis Perbandaran KIang(MPK) dan Pejabat Tanah dan Daerah

  3. Bilakah tarikh sebenar Pusat Kebudayaan tersebut boleh beroperasi sepenuhnya untuk kunjungan orang ramai?

    Secara amnya, pusat kebudayaan akan beroperasi sepenuhnya untuk kunjungan orang ramai sebaik sahaja isu-isu yang dinyatakan dapat di tangani dengan baik supaya menepati objektif penubuhan pusat kebudayaan ini iaitu sebagai ikon kebudayaan dan pelancongan Negeri

Lampiran

Tiada Lampiran.