Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

20) PRESTASI KEWANGAN SEMASA UNISEL

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah prestasi pendapatan dan perbelanjaan UNISEL pada tahun 2011 dan 2012?

     

    Prestasi Pendapatan dan Perbelanjaan UNISEL;

     

      2011

    (Januari hingga Disember)

    2012

    (Januari hingga September)

    Pendapatan RM79.9 juta RM65.9        juta         sehingga

    September + (RM29.5 juta anggaran pendapatan drp. PTPTN dan yuran sehingga Disember )

    = RM95.4 juta

    Perbelanjaan RM116.7 juta RM102.9   juta    selepas   ditolak

    bon oleh Kerajaan Negeri.

     

  2. Apakah faktor yang menyebabkan kemerosotan prestasi kewangan terdahulu?

    Faktor yang menyebabkan kemerosotan prestasi keuntungan adalah:

     

    • Pembayaran balik pinjaman bon Al-Baids Bai’ Bithamin Ajil Debts (BaiDs)
    • Kos pembaikan dan penyelanggaraan infra-struktur
    • Kemerosotan nilai aset
    1. Penurunan bilangan kemasukan pelajar baru pada tahun 2011

     

  3. Apakah strategi untuk mengukuhkan kewangan UNISEL jangka pendek dan panjang?

    Strategi untuk mengukuhkan kewangan jangka pendek dan panjang;

     

    Jangka Pendek

     

    • Pengambil alihan bon RM150

     

    • Membiayai kos pembangunan dan pembaikan infra struktur;

     

    • Meningkatkan bilangan     pelajar    yang    mana    telah    berjaya    ditingkatkan daripada 2011 (9,600 orang) kepada tahun 2012 (11,300 orang)

     

    Jangka Panjang

     

    • Mengoptimakan perbelanjaan operasi universiti;

     

    • Menubuhkan dana ’Unisel Endowment Fund’

Lampiran

Tiada Lampiran.