Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

15) KESEJAHTERAAN FLAT KOS RENDAH

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri telah menjalankan Skim CERIA untuk memperbaiki kemudahan dan persekitaran flat-flat kos rendah. Berapakah jumlah flat yang telah mendapat manfaat daripada Skim CERIA ini?

    • Pelaksanaan Skim CERIA dilaksanakan mengikut Secara keseluruhannya, sebanyak 71    pangsapuri     telah    menerima    manfaat    daripada    pelaksanaan baikpulih Skim CERIA melibatkan kos sebanyak 9.7 juta.

     

           
           
    I 17   17
    (Tahun 2011)      
    II 43 9 52
    (Tahun 2012)

    III

    2   2
    (Tahun 2012)   s  

                  71           

     

  2. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan penaiktarafan ini dapat dijaga dengan baik untuk jangka masa yang panjang?

    Kerajaan Negeri telah melaksana beberapa program bagi memastikan penaiktarafan ini dapat dijaga dengan baik untuk jangka masa panjang iaitu antaranya seperti berikut:-

     

    Menganjurkan program turun padang berbentuk pendidikan kepada pemilik pangsapuri yang dikenali sebagai Kempen Pangsapuri Kita Bersih, Ceria dan Harmoni bertemakan Anti Vandalisme. Program ini dijalankan di pangsapuri-pangsapuri yang menerima bantuan Skim CERIA; dan

     

    Khusus bagi penjagaan lif yang telah dibaikpulih, Kerajaan Negeri telah melaksana dua kaedah berikut:-

     

    • memasukkan pemasangan CCTV di dalam pakej baikpulih lif yang ditawarkan kepada penduduk; dan

     

    • menjalankan program bancian lif secara berterusan di pangsapuri- pangsapuri yang mempunyai lif. Program yang mendapat kerjasama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) ini, bermatlamat mengenalpasti keadaan lif dan seterusnya memberi kesedaran kepada setiap pangsapuri yang mempunyai lif berhubung aspek penjagaan

     

    Skim CERIA yang berasaskan konsep perkongsian kos ini sendiri merupakan instrumen yang diharapkan akan menyemai rasa kepunyaan kepada setiap unit dalam menjaga harta bersama yang telah dibaikpulih. mi sekaligus dapat menjamin harta bersama yang telah dibaikpulih dapat dikekalkan dalam keadaan yang baik bagi tempoh masa yang panjang.

Lampiran

Tiada Lampiran.