Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
14) PARAS AIR EMPANGAN
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Paras air Empangan Sungai Selangor, Kuala Kubu Bharu menurun ketara sehingga menimbul kebimbangan rakyat. Apakah paras empangan air tersebut sekarang dan paras normalnya termasuk empangan-empangan air lain?
Empangan Sungai Selangor adalah sebuah empangan kawalan (regulating dam) yang mampu menampung kapasiti air sebanyak 235 juta meter padu dengan ketinggian air maksima 220 meter. Jumlah kapasiti kritikal Empangan Sungai Selangor adalah pada tahap 30% iaitu sebanyak 69 juta meter padu pada ketinggian air 63 meter. Empangan ini membekalkan air untuk dirawat di tiga
(3) loji pembersihan air (LPA) utama iaitu; LPA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), LPA Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan LPA Bukit Badong (SSP3). LPA Rasa dan LPA Rantau Panjang juga menerima bekalan air untuk dirawat dari empangan ini. Empangan Sungai Selangor menyumbangkan 60% bekalan air ke sekitar Lembah Klang. Sehingga 9 November 2012, kapasiti Empangan Sungai Selangor telah meningkat kepada tahap 63.78% iaitu sebanyak 146.70 juta meter padu dengan ketinggian paras air pada 205.37 meter.
Peningkatan ini adalah berbanding dengan kapasiti pada 11 Oktober 2012 di tahap 52.02% iaitu sebanyak 119.65 juta meter padu pada ketinggian air 199.3 meter. Penyusutan pada ketika itu adalah keadaan operasi dan paras biasa empangan pada musim kering (Monsun Barat Daya) iaitu pada bulan Mei sehingga September, di mana jumlah pelepasan air di empangan adalah tinggi daripada biasa untuk memenuhi permintaan LPA. Kawasan tadahan empangan akan mula menerima kadar hujan yang tinggi bermula dari bulan November sehingga Mac di mana perubahan Monsun Barat Daya kepada Monsun Timur Laut akan berlaku. Kapasiti empangan akan kembali penuh (100%) pada bulan April 2013.
Paras air bagi tujuh (7) empangan di Negeri Selangor sehingga 9 November 2012 adalah seperti berikut :
Empangan Paras pada 9 November 2012
Paras Maksima Empangan Sungai Selangor 205.37m 22000m Empangan Sungai Tinggi
56.56m 59.50m Empangan Sungai Langat
221.09m 220.96m Empangan Klang Gates
95.61m 95.22m Empangan Tasik Subang
38.70m 38.56m Empangan Batu 104.18m 102.70m Empangan Semenyih
111.07m 111.00m -
Apakah penjelasan kerajaan terhadap penurunan paras air empangan ini?
Penurunan paras air empangan bagi tahun 2012 adalah pada tahap normal di mana pelepasan air untuk keperluan LPA adalah Berdasarkan rekod LUAS, paras air terendah pada tahun 2012 bagi Empangan Sungai Selangor adalah pada 10 Oktober di mana paras air yang dicatatkan adalah pada paras 199.30m. Manakala paras air yang paling rendah direkodkan adalah pada 29 September 2005 pada paras 190.29m. Walau bagaimanapun, paras air empangan terendah yang direkodkan tersebut masih lagi di atas paras kiritikal yang iaitu 184.63m dengan simpanan air sebanyak 30%.
-
Apakah langkah kerajaan negeri untuk memastikan simpanan air mentah negeri sentiasa mencukupi?
c Melalui Pasukan Petugas Sumber Air Alternatif Negeri Selangor, LUAS telah mengenalpasti sebanyak dua puluh (20) kolam takungan samada kolam takungan banjir atau kolam bekas lombong yang berpotensi untuk dijadikan sumber air tambahan di Daerah Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Langat. Kolam-kolam berkenaan adalah merupakan rizab simpanan air mentah yang boleh dibangunkan sebagai sumber air tambahan tertakluk kepada kualiti airnya. Jumlah anggaran kapasiti kolam-kolam tersebut ialah 325 juta meter padu (m3). LUAS juga sedang menjalankan Kajian Kolam Bekas Lombong Sebagai Kolam Takungan Aliran Air Banjir di Lembangan Sungai Selangor yang akan bertindak secara dwifungsi dimana ianya bertindak sebagai kawalan tebatan banjir dan juga kolam penstoran air ketika berlakunya aliran banjir/flood
flow. Kolam penstoran air ini juga akan digunakan jika berlakunya aliran rendahGlow flow.
LUAS juga telah mengenal pasti beberapa lokasi yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai sumber air tambahan seperti Kolam Projek Tebatan Banjir Sungai Rasau di Lembangan Klang dan juga kolam bekas lombong MgP dan MgR di Lembangan Langat. Walau bagaimanapun, kajian kemungkinan yang terperinci akan dilaksanakan bagi memastikan kebolehdapatan sumber air berkenaan.