Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

10) RM2 JUTA UNTUK PENULISAN DAN KARYA SASTERA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar kerajaan negeri dalam memperkasakan penghasilan karya sastera di negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat telah menyediakan peruntukkan sebanyak RM3juta, bukan RM2juta sebagaimana yang disoal oleh YB Adun Hulu Kelang, melalui Geran SelangorKu bagi memberi peluang kepada pencinta dan penggiat seni budaya dalam pelbagai bidang untuk membangunkan dan mengembangkan bakat seni

     

    Pada September 2012 yang IaIu, Kerajaan Negeri Selangor telah melantik YBhg Dato’ A. Samad Said sebagai Sasterawan Tamu Negeri Selangor bagi mengiktiraf hasil karya seni beliau sepanjang penglibatannya dalam bidang sastera. Melalui pengiktirafan ini, Kerajaan Negeri telah merangka satu garis panduan dan skim kepada beliau untuk membantu Kerajaan Negeri melahirkan serta memperkasakan hasil karya seni sastera dari kalangan pelajar IPT, pencinta sastera dan karyawan-karyawan muda yang mempunyai bakat dalam bidang sastera.

     

    Dengan perlantikan ini, Kerajaan Negeri dapat menfaatkan kepakaran beliau dalam merangka dasar bagi memperkasakan hasil karya sastera di Negeri Selangor. Perangkaan dasar yang jelas ini dapat menggiatkan hasil-hasil seni sastera yang bebas melalui aktiviti-aktiviti seni dalam memupuk kecintaan terhadap sastera.

  2. Siapakah individu/persatuan yang telah menerima bantuan ini dan berapakah jumlahnya bagi setiap penerima?

    b & c)

     

    Sebagai badan yang bertanggungjawab dalam penyaluran Geran SelangorKu, Menteri Besar Coperation (MBI) akan mengenal pasti dan mempertimbangkan setiap Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang layak menerima bantuan peruntukan ini berdasarkan kepada permohonan yang dikemukakan serta kesan jangka panjang terhadap seni budaya yang dilaksanakan.

     

    Sehingga November 2012, sebanyak RM191,930.00 telah disalurkan kepada enam (6) buah Persatuan NGO termasuk NGO dalam bidang sastera bagi membantu mereka melaksanakan program-program pengukuhan seni warisan kebudayaan disamping membantu mereka untuk terus membangunkan aktiviti kebudayaan di Negeri Selangor.

     

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan juga telah membuat perancangan untuk membangunkan dan menaiktaraf beberapa lokasi di daerah untuk diangkat sebagai Laman Budaya Daerah. Laman Budaya Daerah ini adalah untuk memberi ruang kepada penggiat seni mengadakan persembahan seterusnya ianya dapat memberikan pendedahan asas kepada masyarakat mengenai seni budaya dalam menyemarakkan warisan seni budaya di Negeri Selangor.

     

    Cadangan dan perancangan ini akan dikemukakan kepada (MBI) sebagai badan yang bertanggungjawab untuk diperhalusi dan dikaji mengikut kesesuaian

  3. Sekiranya peruntukan RM2 juta ini masih belum diagihkan, apakah perancangan selanjutnya?

Lampiran

Tiada Lampiran.