Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
6) PRESTASI PELABURAN
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah nilai pelaburan yang dijangka untuk 2012 berbanding 2011 dan sektor-sektornya?
Kerajaan Negeri melalui SSIC mensasarkan jumlah pelaburan sebanyak RM 9 — 10 bilion bagi tahun 2012. Berbanding sebanyak RM 8 bilion yang diterima bagi tahun
Secara purata bagi tempoh tahun 2007 sehingga 2011, Selangor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM 3.766 bilion bagi tempoh tiga bulan terakhir iaitu Oktober hingga Disember. Sebagai makluman, dalam tempoh Januari hingga Julai 2012, Negeri Selangor telah menerima pelaburan sebanyak RM 6.08 bilion.
-
Apakah masalah bekalan air Selangor bakal menjejaskan pelaburan ke Selangor?
Masalah bekalan air Selangor sedikit sebanyak menjejaskan aktiviti pelaburan di negeri Selangor di mana bagi tempoh Januari hingga September 2012, sebanyak 319 projek telah ditangguhkan kelulusan dengan jumlah kapasiti air yang diperlukan adalah sebanyak 73 (mld).
Walaubagaimanapun pun, Kerajaan Negeri Selangor percaya masalah ini akan dapat diatasi secara berperingkat.
-
Apakah jaminan kerajaan bahawa Selangor tetap menjadi destinasi pelaburan utama berbanding wilayah koridor pembangunan negeri-negeri lain?
Kerajaan negeri telah mengambil beberapa pendekatan bagi memastikan Negeri Selangor kekal sebagai destinasi pelaburan utama di Malaysia. Antara langkah-langkah yang telah diambil adaIah;-
Memastikan iklim pelaburan yang kondusif melalui pelaksanaan dasar pelaburan yang pragmatik dan telus untuk memberi keyakinan kepada pelabur
Mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan di semua peringkat, termasuk di peringkat Pihak Berkuasa
Penubuhan jawatankuasa PEMUDAH Negeri Selangor bagi menambahbaikkan sistem penyampaian di Negeri Selangor.
İV.Penubuhan Industrial Park Management Committee (IPMC) di setiap kawasan perindustrian di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
Menaiktaraf infrastruktur di kawasan-kawasan industri serta menyediakan kawasan perindustrian yang selesa seperti Selangor Science Park.
Mempercepatkan proses kelulusan permohonan seperti Permohonan Sijil Layak menduduk
Vİiİ.
İX.
Konsep Mesra Pelabur yang diterapkan dengan mengadakan lawatan dan perjumpaan dengan pihak industri secara berkala bagi mendapatkan maklum balas mengenai permasalahan yang dihadapi oleh pihak industri/pelabur di Selangor.
Mempercepatkan proses penyelesaian masalah yang dihadapi pihak industri.
Pemantauan yang lebih kerap terhadap projek-projek yang sedang dilaksanakan.
Penganjuran dan penyertaan dalam misi-misi pelaburan ke luar negara
Xİİ.
Bekerjasama dengan pihak swasta dan dewan-dewan perniagaan dalam dan luar negara bagi menarik pelaburan dan menggalakkan aktiviti pelaburan.
Meningkatkan program dialog bersama industri bagi mengenalpasti isu/permasaIahan yang dihadapi bagi mencari jalan penyelesaian agar pihak industri terus beroperasi.
Penubuhan Unit Pelaburan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan bagi memudahcara dan membantu para pelaburan dalam proses pelaburan di Negeri
Selain daripada itu, Kerajaan Negeri melalui SSIC sedang merangka insentif- insentif tambahan untuk ditawarkan kepada para pelabur baru pada tahun 2013 berdasarkan industri-industri yang terpilih seperti:-
Green Technology and Renewable Energies Life Sciences & Biotechnology
ICT
R&D
Shared Services & Regional HQ