Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
114) KEWANGAN NEGERI
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah faktor-faktor dan sumber berlakunya peningkatan akaun amanah disatukan kepada RM1,031.25 juta pada tahun 2011?
Peningkatan Akaun Amanah Disatukan kepada RM1,031.26 juta pada tahun 2011 dapat diperjelaskan melalui jadual di bawah:
Tahun Perubahan Butiran 2010 2011 (RM Juta) % (RM Juta) (RM Juta) Akaun Amanah Disatukan terdiri daripada: i.) Kumpulan Wang Amanah Kerajaan Kumpulan Wang Pembangunan 128.23 141.20 12.98 10.1 Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan 13.59 10.25 -3.34 -24.6 Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan
305.72 332.43 26.71 8.7 Kumpulan Wang Pembangunan Hutan 2.09 4.32 2.23 106.7 ii.) Kumpulan Wang Amanah Awam 276.45 439.08 162.63 58.8 iii.)AkaunWang Deposit 128.55 103.98 -24.57 -19.1 Jumlah 854.63 1,031.26 176.63 20.7 Baki Akaun Amanah Disatukan pada 31 Disember 2011 adalah berjumlah RM1,031.26 juta berbanding RM854.63 juta pada akhir tahun 2010 iaitu meningkat sejumlah RM176.63 juta (20.7%)
Peningkatan berlaku pada baki Kumpulan Wang Amanah Awam (iaitu meningkat RM162.63 juta), Kumpulan Wang Pembangunan (iaitu meningkat RM12.98 juta) dan Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan (iaitu meningkat RM26.71 juta) antara penyumbang kepada peningkatan Akaun Amanah Disatukan secara keseluruhannya.
Tah un Butiran 2011 2010 (RM Juta) (RM Juta) WANG AWAM WANG TUNAI 390,891,515.39 658,273694.11 PELABURAN 1,553,117,823.70 928,607,922.87 1,944,009,339.09 1,586,881,616.98 Kumpulan Wang Pembangunan yang meningkat sebanyak 10.1% berbanding tahun 2010 disebabkan terdapat lebihan di dalam perbelanjaan pembangunan. Manakala, baki Kumpulan Wang Amanah Awam pula yang meningkat sebanyak 58.8% berbanding tahun 2010 adalah disebabkan oleh terdapat akaun-akaun amanah yang baru seperti Tabung Pendidikan Anak-Anak Syarikat & Badan Berkanun Negeri Selangor dan Akaun Amanah Pembangunan Persimpangan Bertingkat. Selain itu, terdapat peningkatan pada baki Akaun Amanah Tabung Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan juga peningkatan pada baki Kumpulan Amanah Penyelenggaraan Jalan-jalan Negeri.
Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan juga meningkat sebanyak 8.7% berbanding tahun 2010 disebabkan terdapat peningkatan pada baki Akaun Urus niaga Tabung Warisan Negeri, pelbagai Akaun Pinjaman dan juga penyaluran dana kepada Akaun Amanah Bencana Alam
-
Apakah sebab-sebab wang tunai susut kepada RM390.89 juta pada tahun 2011 berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya?
Wang Awam Kerajaan Negeri iaitu Wang Tunai dalam bentuk Simpanan Tetap dan Pelaburan dipegang bagi Kumpulanwang Disatukan yang terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan.
Wang Awam pada akhir tahun 2011 adalah berjumlah RM1,944 juta iaitu meningkat sejumlah RM357.12 juta (22.5%) berbanding RM1,586.88 juta pada tahun 2009.
Mulai tahun kewangan 2011, Wang Tunai -Deposit Dalam Negeri melebihi tempoh tiga (3) bulan berjumlah RM900,000,000.00 telah diklasifikasi sebagai Pelaburan selaras dengan pindaan kepada Piawaian Perakaunan Kerajaan (PPK 2), Persembahan Penyata Kewangan Kerajaan. Pengklasifikasian ini menyebabkan kedudukan wang tunai susut pada tahun 2011 berbanding tahun 2010.
-
Apakah faktor-faktor dan sumber berlakunya peningkatan pelaburan kepada RM1,553.11 juta pada tahun 2011?
Peningkatan Pelaburan Kerajaan Negeri adalah disebabkan oleh peningkatan deposit dalam negeri/ simpanan tetap. Pengurusan kewangan serta prestasi kedudukan kewangan sebenar yang baik pada tahun 2010 dan 2011 antara faktor peningkatan deposit dalam negeri/ simpanan tetap .
Prestasi kutipan hasil Kerajaan Negeri yang baik pada tahun 2010 dan 2011 telah menyumbang kepada peningkatan simpanan tetap Kerajaan Negeri. Pada tahun 2010 kutipan hasil Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM1,571 juta. Secara perbandingan kutipan hasil tahun 2010 dengan tahun 2011 pula, prestasi kutipan hasil keseluruhan berakhir 31 Disember 2011 mengalami peningkatan berjumlah RM62.51 juta, iaitu 3.97% berbanding kutipan pada tahun 2010.
Pelaburan yang dipegang bagi Kumpulan Wang Disatukan pada tahun 2011 adalah sebanyak RM1,553.12 juta berbanding RM928.61 juta pada tahun 2010 iaitu peningkatan sebanyak 67.25%. Peningkatan ketara ini adalah disebabkan mulai tahun kewangan 2011, simpanan tetap bagi tempoh tiga (3) bulan atau lebih berjumlah RM900 juta telah diklasifikasikan sebagai Pelaburan – Deposit Dalam Negeri selaras dengan pindaan kepada Piawaian Perakaunan Kerajaan (PPK 2),
Persembahan Penyata Kewangan Kerajaan