Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
108) BANGUNAN TERBENGKALAI
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa jumlah dan berapa sudah siap?
Sehingga 31 Mei 2012, sebanyak 138 projek terbengkalai yang melibatkan 40,441 unit di Negeri Selangor telah disenaraikan mengikut pecahan daerah seperti berikut:
KAWASAN PROJEK PROJEK PROJEK PROJEK JUMLAH NO PEMBESARAN JUMLAH UNIT PBT PERUMAHAN KOMERSIAL INDUSTRI PROJEK KAMPUNG 1 MBSA 11 2 1 – 15 3,663 2 MBPJ 3 2 – – 5 2,238 3 MPSJ 4 4 – – 9 3,440 4 MPAJ 9 – – – 11 3,231 5 MPK 27 4 1 – 33 3,627 6 MPKJ 13 – – – 13 5,093 7 MPS 8 1 – 2 11 3,380 8 MPSp 9 – – – 9 3,796 9 MDKS 7 – – 2 10 6,404 10 MDHS 8 1 – 5 14 4,615 11 MDKL 12 1 – – 13 922 12 MDSB 1 – – – 1 32 JUMLAH 112 15 2 9 138 40,441 Walaupun bidang kuasa Kerajaan Negeri terhad dalam memulihkan projek terbengkalai yang mana kuasa ini terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966, sehingga 31 Mei 2012 Kerajaan Negeri telah berjaya menyelesaikan sebanyak 33 projek terbengkalai yang melibatkan 14,245 unit seperti berikut :
12 PROJEK BERLESEN DISELESAIKAN
BIL PROJEK NAMA PEMAJU UNIT 1. Pangsapuri Okid Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam (MBSA) Pemaju : Unique Creation Diambilalih : SPNB 580 Unit 2. Projek Taman Puncak Jalil, Fasa 9 B, 9 C, 9F, 12, 19 dan 21 (MPSJ) Talam Corporation Bhd. 1,447 Unit 3. Pangsapuri Lagoon Perdana, Subang Jaya (MPSJ) Pemaju : Tenaga Gagah Sdn. Bhd. Diambilalih Oleh IJM
Construction
1,052 Unit 4. Taman Bunga Ros, Klang (MPK) Ram Developer S/B Construction Sdn. Bhd
30 unit 5. Rumah Kos Rendah Taman Ukay Indah Sungai Sering, Mukim Hulu
Kelang, Daerah Gombak (MPAJ)
Tetuan Triumph City Sdn. Bhd. JV Tetuan Scenic Marina Sdn. Bhd. 660 Unit 6. Spring Ville, Taman Ukay Perdana, Mukim Hulu Kelang,
Daerah Gombak (MPAJ)
Ukayland S/B 799 Unit 7. Projek Perumahan Taman Pinggiran Batu Caves, Gombak
(MPS)
Bee Teck Trading Corporation Sdn. Bhd.
196 Unit 8. Putra Intan Kondominium (MPSp) Pemaju Lama : Lembah Kerjaya S/B
Pelikuidasi : Rimbun
Capital S/B
300 Unit 9. Taman Nilam, Mukim Ujung Permatang, Kuala Selangor (MDKS)
Richmall Sdn. Bhd. 84 unit 10. Bandar Pinggiran Cyber, Dengkil Sepang (MPSp) Perspektif Perkasa Sdn.Bhd. 319 unit 11. Taman Hijau Indah (MPS) Lim Chin Hin & Sons 120 Unit BIL PROJEK NAMA PEMAJU UNIT Industries S/B Pemaju Penyelamat :
ECO Dev. S/B
12. Projek Alam Perdana, Mukim Ijok, Kuala Selangor (MDKS) Tetuan LBCN Development
Pemaju Penyelamat : MBI
1,106 JUMLAH 6,693 unit 21 PROJEK TANPA LESEN DISELESAIKAN
BIL PROJEK NAMA PEMAJU UNIT 1. Kedai Pejabat, U5, Shah Alam (MBSA) Sama Pesona Sdn Bhd 203 Unit 2. Pangsapuri Perkhidmatan Seri Nipah, Taman Pinggiran USJ, Shah Alam (MBSA)
LBS Bina Group Berhad 340 unit 3. Pusat Komersial, Seksyen 7, Shah Alam (MBSA) PCM Bina Sdn. Bhd 1,514 Unit 4. Apartment Seri Putri di atas Lot 48, Jalan Rama-Rama 20/2 Di Atas Hakmilik H.S.(D) 107830, P.P. No. 509, Seksyen 20, Shah Alam (MBSA)
Majlis Bandaraya Shah Alam
Tetuan Khidmat Makmur Sdn. Bhd.
Pemaju Penyelamat :
Semangat Ulung Sdn.
Bhd.
312 Unit 5. Hotel Damansara (MBPJ) Pemaju Lama : Sri Damansara S/B
Pemaju Baru : Sri
Damansara Hotel S/B
1 Blok 6. Rumah/Kedai 4 Tingkat Taman Serdang Perdana, Seksyen U5, Mukim Petaling, Daerah Petaling (MPSJ)
Green Cresent Sdn. Bhd. 512 Unit 7. Pusat Perniagaan dan Pangsapuri Perkhidmatan, UEP
Subang Jaya (MPSJ)
Sanjung Utama Sdn. Bhd. 1,316 Unit BIL PROJEK NAMA PEMAJU UNIT 8. Pangsapuri Perkhidmatan, Suria Kinrara, Kinrara, Puchong (MPSJ)
Sentosa Restu Sdn. Bhd. 1,131 Unit 9. Pangsapuri Perkhidmatan, HS(D) 50727 PT 13178, Lagoon
Perdana, Bandar Sunway (MPSJ)
Tenaga Gagah S/B 500 Unit 10. 1 Blok Kompleks Perniagaan, Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang (MPK)
Transhabour Sdn Bhd 258 Unit 11. Rumah Berkembar, Jalan Sri Banang 14, Taman Sri Andalas, Klang (MPK)
URC Housing Sdn Bhd 28 Unit 12. Pusat Perubatan 6 Tingkat Dan 2 Tingkat Basement Tempat Letak Kereta Di Atas PT 21154 Persiaran Rajawali, Bukit Raja,
Klang (MPK)
PNSB Acmar Sdn. Bhd. 1 Blok 13. Rumah Sesebuah, Taman Hulu Langat Jaya (MPKj) Spring Courts Sdn Bhd 36 Unit 14. Kompleks Kota Kajang, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat
(MPKj)
Windhill Development & Construction Sdn. Bhd. 100 Unit 15. Rumah Berkembar dan Rumah Teres, Taman Kosas, Mukim
Ampang, Hulu Langat (MPKj)
Koperasi Serbaguna Anak-Anak Selangor
Berhad
203 Unit 16. Rumah Teres 2 Tingkat, HSD 56918, PT 31343, Gombak
(MPS)
Hartawan Pasifik Sdn. Bhd 387 Unit 17. Kedai Pejabat Taman Prima Selayang, Batu, Gombak (MPS)
Kansas Corporation Sdn Bhd 220 Unit 18. Taman Wawasan, Mukim Tanjung Karang, Daerah Kuala
Selangor (MDKS)
Radiant Hart Construction Sdn. Bhd
33 Unit 19. Rumah Teres 2 Tingkat, Taman Yayasan, Mukim Kuala Selangor
(MDKS)
Pramax Sdn. Bhd. JV Yayasan Selangor 77 Unit 20. Projek Pembesaran Kampung Desa Alam Ria (MDHS) JKKK Sg Masin & Gerak Utusan Corp. S/B 252 Unit 21. Projek Pembesaran Kampung Gesir Tengah, Daerah Hulu HRK Holdings Sdn. Bhd. 128 Unit BIL PROJEK NAMA PEMAJU UNIT Selangor (MDHS) JUMLAH 7,552 unit -
Jenis bantuan yang telah diberi?
Untuk makluman Yang Berhormat, sememangnya Kerajaan Negeri amat prihatin di atas nasib pembeli-pembeli rumah yang terlibat dengan projek terbengkalai. Walaupun begitu Kerajaan Negeri hanya boleh mengambil tindakan secara pentadbiran sahaja bagi membantu pembeli-pembeli tersebut. Ke arah ini Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa langkah pro aktif ke arah membantu pembeli-pembeli dan pemaju atau pelikuidasi projek terbengkalai untuk memahami situasi yang mereka hadapi dan bertindak sebagai pemudah cara bagi mengatasi masalah yang dihadapi dengan pelbagai pihak yang berkaitan seperti KPKT, Bank, Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi Teknikal seperti SYABAS, IWK dan sebagainya.
Jenis bantuan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu menyelesaikan projek terbengkalai seperti berikut:
- Membantu pembeli menubuhkan jawatankuasa bertindak supaya tindakan yang diambil dapat diselaraskan dengan pihak berkuasa dan badan yang terlibat di mana persetujuan untuk memulihkan perlu diperoleh daripada sekurang-kurangnya 85% daripada pembeli.
- LPHS mengeluarkan surat pengesahan projek terbengkalai supaya pembeli dapat berurusan dengan pihak bank bagi tujuan penstrukturan semula pembiayaan pinjaman pembeli.
- LPHS juga mengadakan perbincangan secara berkala dengan pemaju terbabit bersama semua jabatan teknikal termasuk pihak bank dengan tujuan mempercepatkan pemulihan projek di samping mengenakan syarat minima bagi membolehkan projek disambung semula dengan kos tambahan yang kecil tanpa mengabaikan isu-isu keselamatan.
- LPHS juga akan mengatur pertemuan dengan pembiaya-pembiaya bagi melihat pendekatan yang sesuai dalam membantu pemaju-pemaju menstrukturkan semula pembiayaan titian (bridging loan) supaya projek boleh diteruskan dan seterusnya menyelesaikan masalah kewangan pemaju. Sekiranya masih gagal dan terdapat pemaju/kontraktor berwibawa yang berminat memulihkan projek berkenaan LPHS akan mengemukakan cadangan pemulihan tersebut kepada KPKT untuk membuat keputusan.
- Sekiranya projek yang dipulihkan melibatkan kenaikan kos, LPHS akan melantik Juruukur Bahan untuk menilai semula kos pemulihan projek tersebut yang bertujuan untuk memaklumkan kos tambahan yang perlu ditanggung oleh pembeli sekiranya projek itu ingin diteruskan.
- Penubuhan Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai (JPPT) yang terdiri daripada Y.B. Penasihat Undang-Undang, Pengarah Eksekutif
LPHS, Pembantu EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan
Setinggan, Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya, Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Pejabat Tanah dan Daerah berkaitan, Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Insolvensi / Liquidator, Jawatankuasa
Pembeli/Pemilik Rumah dan Bank terlibat yang mana dipengerusikan oleh Y.B Tuan Iskandar Abdul Samad, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan bagi membincangkan dan mendapatkan kerjasama semua pihak dalam memulihkan projek terbengkalai. Jawatankuasa ini akan membuat penilaian semula projek terbengkalai sama ada projek tersebut berdaya maju dan boleh dipulihkan dan seterusnya disiapkan sehingga memperolehi Sijil Layak Menduduki. Setakat ini sebanyak 13 projek terbengkalai telah dikenalpasti berpotensi untuk dipulihkan.
- Kerajaan Negeri juga sebagai langkah terakhir akan mengambil tindakan perampasan tanah sekiranya wujud pelanggaran peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 seperti kegagalan membayar cukai tanah di bawah Seksyen 100 KTN dan pelanggaran syarat di bawah Seksyen 129 KTN bagi memastikan hak pembeli terhadap hartanah mereka terjamin. Selain itu, pengambilan tanah juga sebagai usaha membolehkan projek terbengkalai dipulihkan semula dan seterusnya dimajukan secara tender sebagai contoh projek Bukit Botak dan Alam Perdana.
PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA