Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
107) MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan butiran secara terperinci apakah bidang perniagaan yang diceburi oleh MAIS sejak 2008 sehingga kini ?
Majlis Agama Islam Selangor terlibat dalam perniagaan sewaan dan pembangunan hartanah untuk menampung operasinya dalam menguruskan harta umat Islam seperti faraid, harta pusaka, wasiat dan hibah selain menawarkan perkhidmatan sosial memulihkan akidah, perlindungan wanita dan pengurusan mualaf.
-
Sila nyatakan dengan detail mengenai jumlah keuntungan dan kerugian bagi setiap pelaburan dan perniagaan yang diceburi sejak tahun 2008 hingga kini ?
Berikut adalah keuntungan dan kerugian MAIS mengikut tahun:
BIL JENIS PELABURAN /
PERNIAGAAN
TAHUN 2008 2009 2010 2011 1. Pelaburan Simpanan Tetap
(Al-Mudharabah)
RM 252 ribu 224 ribu 427 ribu 1.6 juta 2. Dividen dari Pelaburan 66 ribu 53 ribu 158 ribu 270 ribu 3. Hasil Projek Usahasama
7.2 juta – 30 juta – Nota:
- Hasil Projek Usahasama bagi tahun 2008 bernilai RM 7.2 juta adalah hasil projek bersama Imatex Sdn Bhd, manakala bagi tahun 2010 bernilai RM 30 juta adalah hasil projek bersama Utusan Seni dan Cosmo Pro Sdn Bhd.
- Transaksi berhubung kewangan di atas telah mendapat perkenan DYMM Tuanku.
-
Sila senaraikan kesemua Ahli Lembaga Pengarah MAIS sejak tahun 2008 sehingga kini dan nyatakan apakah perancangan holistik yang bakal dilaksanakan untuk meningkatkan pembangunan ekonomi umat Islam Negeri Selangor ?
AHLI MAIS SESI 2012 – 2014
- YAD Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib Bin Mohd Isa Pengerusi MAIS
- Dato’ Ramli Bin Mahmud Timbalan Pengerusi MAIS Pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor
- YB Dato’ Haji Mohammed Khusrin Bin Haji Munawi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
- YB Datin Paduka Zauyah Be Binti T. Loth Khan Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor
- YB Dato’ Mohd Arif Bin Ab. Rahman Pegawai Kewangan Negeri Selangor
- Sahibus Samahah Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes Bin Abd. Wahid Dato Seri’ Utama Diraja Mufti Negeri Selangor
- DCP Dato’ Haji Tun Hisan Bin Dato’ Haji Tun Hamzah Ketua Polis Selangor
- YAD Tengku Seri Wangsa Diraja Dato’ Setia Ramli AlhajBin Tengku Shahruddin Shah Alhaj Ahli Dewan di-Raja
- YAD Dato’ Setia Abdul Halim Bin Dato’ Haji Abdul Rauf Ahli Dewan di-Raja Selangor
- 10.YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Zaleha Binti Kamaruddin Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
- 11.YBhg. Prof. Dato’ Dr. Sidek Bin Baba Profesor / Pensyarah, Institut Pendidikan, UIAM
- 12.YBhg. Dato’ Haji Sarip Bin Hamid Pengerusi Sarmid Holdings (M) Sdn. Bhd.
- 13.YBhg. Dato’ Aidit Bin Ghazali Pengerusi Eksekutif Akademi Aidit Sdn. Bhd.
- 14.Y.Bhg. Dato’ Salehuddin Bin Saidin Penguambela & Peguamcara
- 15.YB Dato’ Dr. Hasan Bin Mohamed Ali Pengerusi Pertubuhan Bukan Kerajaan
- 16.YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ab. Halim Bin Tamuri Pensyarah Kanan UKM
- 17.YBhg. Dato’ Haji Marzuki Bin Hussin Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor
- 18.YDH Dato’ Haji Emran Bin Haji Kadir, Orang Kaya Maha Bijaya Orang Besar Daerah Petaling
- 19.YBhg. Prof. Madya Dato’ Haji Mohd Mokhtar Bin Shafii Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan
- 20.YBhg. Prof. Dr. Mujaini Bin Tarimin
Dekan Fakulti Pendidikan Dan Sains Sosial,
Universiti Selangor (UNISEL)
AHLI MAIS SESI 2009 – 2011
- YAD Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib Bin Mohd Isa Pengerusi MAIS
- YB Dato’ Dr. Hasan Bin Mohamed Ali Timbalan Pengerusi MAIS
- YB Dato’ Ramli Bin Mahmud
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
- YB Datin Paduka Zauyah Be Binti T. Loth Khan Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor
- YB Dato’ Mohd Arif Bin Ab. Rahman
Pegawai Kewangan Negeri Selangor
- YAD Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes Bin Abd. Wahid Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Negeri Selangor
- Dato’ Khalid Bin Abu Bakar Ketua Polis Negeri
- YAD Tengku Seri Wangsa Diraja Dato’ Setia Ramli Alhaj Bin Tengku
Shahruddin Shah Alhaj
Ahli Dewan di-Raja
- YAD Dato’ Setia Abdul Halim Bin Dato’ Haji Abdul Rauf Ahli Dewan di-Raja
10.YBhg. Dato’ Aidit Bin Ghazali
Pengerusi Eksekutif Akademi Aidit Sdn Bhd
11.YBhg. Dato’ Haji Sarip Bin Hamid
Pengerusi Sarmid Holdings Malaysia Sdn Bhd
12.YBhg. Datin Paduka Prof. Dr. Zaleha Binti Kamaruddin Timbalan Pengarah IKIM
13.Y Bhg. Dato’ Salehuddin Bin Saidin Peguambela & Peguamcara
14.YBhg. Dato’ Prof. Dr. Sidek Bin Baba Profesor Institut Pendidikan UIAM
15.YBhg. Prof. Madya Dr. Ab. Halim Bin Tamuri Pensyarah Kanan UKM
Perancangan holistik yang dilaksanakan dan sentiasa diberi penekanan untuk meningkatkan pembangunan ekonomi umat Islam Negeri Selangor ialah dengan:
- Memastikan pengagihan zakat yang berkesan terutamanya dalam program ekonomi yang melibatkan asnaf-asnaf fakir miskin. Program ekonomi yang dirancangkan bertujuan mengeluarkan asnaf fakir dan miskin dari kepompong kemiskinan dengan pelbagai program yang dirancang antaranya bantuan modal perniagaan dan latihan keusahawanan bagi yang berminat.
- Pembiayaan Qardul Hassan bagi memberi bantuan pinjaman modal bagi umat Islam yang memerlukan
- Penubuhan Yayasan Islam Darul Ehsan yang berperanan membantu umat Islam semasa bencana alam dengan memastikan bantuan sampai tepat pada masanya tanpa melalui karenah birokrasi.