Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
106) TANAH PERKUBURAN
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah wang caruman yang telah dikutip oleh kerajaan Selangor untuk Tabung Wang Caruman Perkuburan sehingga sekarang? Senaraikan amaunnya mengikut daerah.
Jumlah wang caruman yang telah dikutip oleh Kerajaan Selagor untuk Tabung Wang Caruman Perkuburan dari tahun sebelum 2008 sehingga Mei 2012 adalah sebanyak RM18,796,389.62 dan pecahannya mengikut daerah adalah seperti dalam jadual di Lampiran A.
-
Apakah perkembangan terbaru dalam usaha kerajaan negeri untuk membuka lebih banyak tanah perkuburan yang baru baik untuk kaum Muslim dan bukan Muslim?
Tapak perkuburan adalah salah satu kemudahan asas yang penting disediakan seiring dengan penyediaan kemudahan asas lain di dalam sebarang perancangan pembangunan. Untuk tujuan ini, pendekatan baru di dalam perancangan tapak perkuburan iaitu Konsep Perkuburan Wilayah Bersepadu (PWB) akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan tapak perkuburan dapat disediakan selaras dengan tahap pembangunan dan keperluan penduduk Selangor di masa akan datang khususnya bagi PBT-PBT yang berjiran dan kekurangan tanah.
Konsep PWB dicadangkan untuk dilaksanakan di Negeri Selangor mengikut lokasi dan wilayah-wilayah kedudukan PBT. Bagi setiap zon wilayah, beberapa tapak perkuburan wilayah bersepadu dikenal pasti mengikut kewujudan tapak, kadar kemudahsampaian dan kemudahan aksessibiliti yang akan dikongsi bersama antara PBT yang berhampiran bagi memenuhi keperluan penduduk setempat dan PBT berjiran.
-
Adakah kerajaan telah mengenalpasti tanah-tanah yang bersesuaian? Jika ya, senaraikan tanah-tanah tersebut mengikut lokasi dan keluasan.
Berhubung cadangan tapak PWB ini, bagi peringkat awalan, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti tiga tapak untuk menampung sebahagian keperluan iaitu di:-
- Lot 3366, Mukim Labu, Sepang – 100 ekar (40.47 hek)
- Lot 5756, Mukim Sepang, Sepang – 400 ekar (161.87 hek)
- Sejumlah 33 lot tapak tanah perkuburan di Hulu Semenyih, Hulu Langat – Anggaran keluasan 168 ekar (68 hektar)
Tapak-tapak PWB di Sepang adalah untuk menampung keperluan penganut semua agama bagi kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang (MPSp), Majlis Bandraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL). Manakala tapak PWB di Hulu Semenyih adalah untuk menampung keperluan perkuburan semua agama bagi kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
Pada masa yang sama juga, Kerajaan Negeri masih menjalankan kajian mengenal pasti tapak-tapak lain yang bersesuaian untuk dijadikan PWB bagi zon-zon lain.
Jumlah Wang Caruman Yang Telah Dikutip Oleh Kerajaan Selangor Untuk Tabung Wang
Caruman Perkuburan Dari Tahun Sebelum 2008 Sehingga Mei 2012 Mengikut Pecahan Daerah
TAHUN 2008 BIL DAERAH DAN 2009 2010 2011 Mei 2012 JUMLAH SEBELUMNYA 1 Petaling 2,223,458.00 140,187.50 129,075.00 585,906.75 314,177.50 3,392,804.75 2 Gombak 1,422,643.31 116,785.25 114,531.25 152,244.00 254,875.00 2,061,078.81 3 Klang 1,147,854.75 64,470.00 126,341.75 704,685.00 91,437.50 2,134,789.00 4 Kuala Langat 348,270.90 27,313.00 77,405.75 168,781.25 101,000.00 722,770.90 5 Hulu Langat 1,946,087.85 416,531.35 664,780.75 2,148,906.30 924,250.00 6,100,556.25 6 Sepang 1,239,182.06 154,188.75 195,418.25 523,558.00 456,875.00 2,569,222.06 7 Kuala Selangor 585,812.05 45,937.50 45,937.50 85,706.25 39,325.00 802,718.30 8 Hulu Selangor 453,440.50 49,250.00 15,375.00 27,000.00 20,350.00 565,415.50 9 Sabak Bernam 163,682.00 74,075.25 26,696.00 134,885.50 47,695.30 447,034.05 JUMLAH 9,530,431.42 1,088,738.60 1,395,561.25 4,531,673.05 2,249,985.30 18,796,389.62