Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

103) KEMPEN HIJAU

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah pelancaran Kempen Hijau dilakukan di bawah MPKj?

    Program Kempen Hijau di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah dilancarkan bersempena pelancaran Zon Bersih peringkat MPKj bagi tahun 2012 di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.

  2. Apakah projek dan program yang telah dilakukan?

    Antara projek sempena Kempen Hijau yang telah dan sedang dilaksanakan oleh pihak MPKj ialah pembangunan Stadium Kajang dijadikan sebuah dataran dikenali sebagai Dataran Kajang yang mengutamakan penghijauan di sekeliling pembangunan tersebut. Projek lain ialah pembangunan Bank Pokok (Tree Bank) sepanjang zon penampan di Seksyen 13, Bandar Baru Bangi. Program berkaitan Kempen Hijau pula melalui program penanaman pokok antara pihak Majlis bersama komuniti, penduduk bersama Ahli Majlis seperti Karnival Hijau anjuran MPP Zon 20 di Taman Tasik Sg. Chua Mukim Kajang. Program Kempen Bersih, Hijau Dan Selamat di bawah MPP Zon 13 di Kawasan Perindustrian Taman Selesa Jaya Balakong dan Program Hari Alam Sekitar peringkat MPP Zon 6 di Bandar Mahkota Cheras, Mukim Cheras.

  3. Di manakah tumpuan menghijaukan kawasan di Bandar Baru Bangi?

    Kawasan tumpuan penghijauan di Bandar Baru Bangi difokuskan di Taman Awam Taman Tasik Cempaka Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, Zon Penampan di Seksyen 13 Bandar Baru Bangi dan Zon ‘ Tree Bank’ di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi. Taman Tasik Cempaka juga telah terpilih sebagai ‘Zon Hijau’ peringkat MPKj bagi tahun 2012.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.