Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
95) TABUNG PENDIDIKAN ANAK PEKERJA LADANG
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini Tabung Pendidikan tersebut ?
Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang diwujudkan untuk membantu mereka mendap
at pendidikan yang sempurna dan cemerlang dalam pelajaran.
Program-program dibawah tabung ini mensasarkan kepada anak-anak pekerja ladang yang pendapatan seisi keluarga kurang dari RM1,500.00 sebulan. Bermula pada tahun 2008 hingga Jun 2012 seramai 3,128 pelajar dan 319 sekolah telah mendapat faedah daripada Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang dengan dana sebanyak RM 7.302 juta.
-
Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan dan senaraikan butiran terperinci mengenai jumlah bilangan anak pekerja ladang yang telah memperolehi manfaat daripada Tabung tersebut mengikut susunan ladang-ladang di seluruh Negeri Selangor ?
berikut adalah jumlah bantuan persekolahan yang telah disalurkan kepada anakanak pekerja ladang negeri Selangor dari tahun 2008 sehingga jun 2012.
-
Sila nyatakan apakah bantuan dan insentif yang bakal disalurkan oleh Kerajaan Negeri selain daripada bantuan Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang ?
Setakat ini Kerajaan Negeri hanya akan memberi tumpuan kepada programprogram yang dilaksanakan di bawah Tabung Pendidikan anak-Anak Pekerja Ladang.