Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
81) MASALAH KEKELUARGAAN
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah perkahwinan dalam masyarakat Islam sejak tahun 2010.
Jumlah perkahwinan masyarakat Islam di Negeri Selangor sejak tahun 2010 adalah seperti berikut :
- Tahun 2010 – 16,487 pasangan.
- Tahun 2011 – 18,751 pasangan.
- Sehingga Jan 2012 – 940 pasangan.
-
Berapakah jumlah kes penceraian dan sebab penceraian tersebut?
Jumlah kes perceraian masyarakat Islam di Negeri Selangor adalah seperti berikut:
- Tahun 2010 – 4,970 kes.
- Tahun 2011 – 4,756 kes.
- Sehingga Jan 2012 – 415 kes.
Sebab-sebab berlaku perceraian adalah seperti berikut :
- Mengabaikan tanggungjawab suami-isteri.
- Masalah komunikasi.
- Campurtangan pihak ketiga dalam urusan rumahtangga seperti ibubapa, orang luar dan sebagainya.
-
Apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengurangkan penceraian berlaku di Selangor?
Langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan kadar perceraian seperti berikut :
- Menjalankan sesi kaunseling/rundingan kepada pasangan dan pihakpihak yang yang terlibat.
- Membentuk jawatankuasa pendamai berdasarkan peruntukan seksyen 47(5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor Tahun 2003 di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah.
- Melaksanakan Program Modul Keluarga Sakinah di seluruh daerah
- Memberikan pendedahan awal mengenai bab-bab aqidah & ibadah, munakahat, pengurusan dan risiko perceraian, tanggungjawab & hak-hak suami-isteri kepada pasangan yang masih bujang dalam Kursus Pra Perkahwinan.
- Melaksanakan Pusat Pembangunan Keluarga Islam dan Pusat Pembangunan Sosial di 12 buah masjid terpilih di seluruh Negeri Selangor.
- Melaksanakan Kursus Pasca Perkahwinan seperti Kursus Rumahku Syurgaku, Kursus Kemahiran Keibubapaan, Kursus Kefahaman Poligami dan Kursus Keluarga Bahagia.