Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

77) MASALAH PENYELESAIAN TANAH BAGAN SEKINCHAN

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini dan bilakah urusan pewartaan tanah lorong 6 -12 akan disiapkan ?

    Permohonan Ukur (P.U) telah dihantar ke JUPEM pada 23 November 2011 dan nombor P.U adalah 155/2011. Selepas pelan pewartaan disiapkan oleh Pihak JUPEM, tindakan selanjutnya untuk pembatalan dan pewartaan semula akan dilaksanakan.

  2. Sila nyatakan bilakah para penduduk asal dapat mengemukakan permohonan hakmilik tanah yang telah mereka duduki sejak 50 tahun yang lalu ?

    Para penduduk boleh mengemukakan permohonan selepas urusan pembatalan dan pewartaan semula selesai diwartakan.

  3. Sila nyatakan apakah kekangan yang dikenal pasti sehingga menyebabkan proses penyelesaian masalah tanah tersebut mengambil masa yang begitu panjang sehingga penduduk mulai membuat aduan dan rungutan ?

    Pentadbir Tanah Daerah telah mengambil tindakan sewajarnya dan menunggu pelan pewartaan diselesaikan oleh pihak JUPEM.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.