Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

65) KEMISKINAN

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan bersepadu kerajaan negeri bagi mengurangkan perbezaan pendapatan antara golongan miskin dan kaya di Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri melalui Jawatan Kuasa Tetap (Stanco) kemiskinan telah menggariskan tiga fungsi utama dalam menangani kemiskinan di Negeri Selangor, iaitu dengan menyediakan:

    1. Bantuan Perumahan
    2. Bantuan Pendidikan
    3. Bantuan Peluang Pekerjaan Bantuan Perumahan

    Melalui Program Kerajaan Prihatin, Rumah Program Rakyat Termiskin (PPRT) telah dibina dengan kos maksima sebanyak RM30,000.00 sementara itu bantuan baik pulih juga diwujudkan bagi membantu golongan sasar mendapat kemudahan tempat tinggal yang lebih selesa

    • .  Bantuan Pendidikan

    Kerajaan Negeri telah menyediakan kemudahan Program Kemahiran Teknikal dengan kerjasama kolej Internasional INPENS di Kuala Selangor dimana peluang melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran ini dibuka kepada seluruh pelajar miskin di  Negeri Selangor untuk menyambung pengajian ke peringkat tertinggi dan ini diharap dapat mengelakkan jurang pendidikan dan masalah keciciran di kalangan pelajar terutama sekali pelajar luar bandar.

    • Bantuan Peluang Pekerjaan

    Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor yang diwudkan pula adalah bagi membantu golongan sasar berdikari dan menambahbaik perusahaan atau bidang tertentu yang telah diusahakan bagi menambah pendapatan sedia ada. Program ini diselaraskan dengan memberi bantuan berbentuk peralatan dan mesin kepada pemohon yang layak diberi bantuan.

  2. Senaraikan kadar kemiskinan mengikut pecahan daerah daripada tahun 2008- 2012.

    Kemiskinan membawa maksud, jumlah pendapatan bulanan sesebuah isi rumah yang berada di bawah tahap Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu indikator yang membolehkan sesebuah keluarga tersebut memiliki dan memenuhi keperluan asas dari segi makanan dan bukan makanan, yang membolehkan setiap ahli keluarga berfungsi di dalam masyarakat. Sementara peratusan rakyat dibawah garis kemiskinan  di Negeri Selangor (1,503,629 – jumlah penduduk yang dikategorikan sebagai miskin iaitu pendapatan kurang dari RM1500.00) dibahagi dengan jumlah populasi di Negeri Selangor iaitu 5,070,000 menjadikan sejumlah  30.18%.

    Negeri Selangor merupakan antara negeri yang mempunyai pertumbuhan populasi yang sangat tinggi dimana pertumbuhan tersebut didorong oleh pertumbuhan ekonomi yang pesat. Selain itu pertumbuhan tersebut berlaku antara lain adalah disebabkan oleh perpindahan rakyat negeri lain ke Negeri Selangor. Sehubungan dengan itu mengikut data terkini, terdapat sebanyak 274,937  jumlah warga miskin di Negeri Selangor berdasarkan kepada paras garis kemiskinan (PGK) 2007 iaitu pada kadar RM731.00 sebulan. Jumlah tersebut menyumbang kepada 5.3% dari jumlah populasi rakyat Negeri Selangor. Bagaimanapun kadar garis kemiskinan  telah ditingkatkan menjadi RM1500.00.

    Berdasarkan kepada bancian yang dijalankan pada tahun 2007 terdapat seramai 1,530,629 penduduk Negeri Selangor yang berpendapatan bawah RM 1500 iaitu menjurus kepada 30% populasi rakyat Negeri Selangor.

    Kerajaan Negeri melalui Bajet 2009 telah menggariskan lima (5) strategi khusus bagi memastikan kestabilan ekonomi Negeri Selangor seterusnya menangani masalah kemiskinan. Antara strategi tersebut ialah :

    Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)

    Antara program MES yang telah dilaksanakan termasuklah program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Bekalan Air Percuma, Hadiah Anak Masuk Universiti, Bantuan Warga Usia Emas, Pusat Khidmat Kisi Sehenti (OSCC) dan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang.

    Selain dari itu beberapa program MES yang akan dilaksanakan secara berfasa khusus untuk golongan berpendapatan rendah termasuklah Caruman Takaful bagi OKU/Anak Yatim, Bantuan Kepada Peniaga Muda, Bimbingan Perniagaan Kepada Belia, Bantuan Anak ke Nurseri RM75 sebulan/orang, Bantuan Anak Pra Sekolah RM50 sebulan/orang, Bantuan Mendirikan Rumah Tangga, Elaun Ibu Tunggal, Elaun Khas Suri Rumah dan Bantuan memiliki Kediaman.

    Menerusi program-program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dijangka dapat mengurangkan beban rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan miskin.

Lampiran

Tiada Lampiran.