Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
63) DISKAUN 25% CUKAI PINTU PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan jumlah bilangan Pangsapuri kos rendah di seluruh Negeri Selangor mengikut pecahan daerah ?
Merujuk kepada rekod Unit Pesuruhjaya Bangunan di semua kawasan pihak berkuasa tempatan, jumlah kawasan dan bilangan unit bagi pangsapuri kos rendah di negeri Selangor seperti berikut:
BIL. NAMA PIHAK BERKUASA JUMLAH BILANGAN TEMPATAN KAWASAN UNIT PEMAJUAN 1. Majlis Bandaraya Shah Alam 109 16,008 2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya 410 36,620 3. Majlis Perbandaran Subang Jaya 124 32,232 4. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 179 31,470 5. Majlis Perbandaran Klang 120 17,242 6. Majlis Perbandaran Selayang 57 18,350 7. Majlis Perbandaran Kajang 259 38,296 8. MajlisPerbandaran Sepang 8 2,765 9. Majlis Daerah Hulu Selangor 17 1,863 10. Majlis Daerah Kuala Langat 6 1,996 11. Majlis Daerah Kuala Selangor 24 4,956 12. Majlis Daerah Sabak Bernam 0 0 JUMLAH KESELURUHAN 1,313 201,798 -
Sila huraikan secara terperinci apakah kriteria yang ditetapkan untuk para penghuni pangsapuri kos rendah supaya layak menikmati diskaun 25% cukai pintu ?
Kriteria pemilik pangsapuri kos rendah yang layak untuk menikmati diskaun pengurangan cukai taksiran adalah seperti berikut:
- Pemilik yang mendiami petak (unit rumah) di pangsapuri tersebut.
- Pengesahan kelayakan pemilik (status pemastautin) daripada ahli jawatankuasa pengurusan bersama [joint management commitee (JMC)] atau ahli majlis perbadanan pengurusan [management corporation (MC)].
- Tiada tunggakan cukai taksiran pada petak berkaitan.
-
Sila nyatakan secara detail berapakah anggaran jumlah hasil cukai pintu khususnya untuk pangsapuri kos rendah sebelum diskaun dan selepas diskaun 25% ? bagi seluruh Negeri Selangor ?
Kerajaan Negeri sedang mendapatkan maklumat daripada semua Pihak Berkuasa Tempatan untuk mendapat gambaran yang lebih terperinci mengenai jumlah sebenar hasil cukai taksiran yang akan terlibat sebelum dan selepas diskaun 25%. Walau bagaimanapun, anggaran kasar jumlah hasil cukai taksiran bagi pangsapuri kos rendah sebelum dan selepas diskaun 25% mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Selangor seperti berikut:
BIL. NAMA PIHAK BERKUASA PANGSAPURI KOS RENDAH TEMPATAN ANGGARAN ANGGARAN KASAR KASAR JUMLAH HASIL JUMLAH HASIL CUKAI CUKAI TAKSIRAN TAKSIRAN SELEPAS (RM) DISKAUN 25% (RM) 1. Majlis Bandaraya Shah Alam 2,287,520.10 1,715,640.08 2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2,260,674.00 1,695,505.50 3. Majlis Perbandaran Subang Jaya 4,447,701.80 3,335,776.35 4. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 6,800,651.00 5,100,488.25 5. Majlis Perbandaran Klang 2,063,060.40 1,547,295.30 6. Majlis Perbandaran Selayang 2,967,963.68 2,225,972.76 7. Majlis Perbandaran Kajang 241,214.16 180,910.62 8. MajlisPerbandaran Sepang 258,488.30 193,866.23 9. Majlis Daerah Hulu Selangor 1,483,389.65 1,112,542.20 10. Majlis Daerah Kuala Langat 1,050,979.00 788,234.30 11. Majlis Daerah Kuala Selangor 58,397.40 43,798.05 12. Majlis Daerah Sabak Bernam Tiada pangsapuri kos rendah