Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

60) BANTUAN WANITA

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Ada apa program/projek yang boleh memperkasakan wanita?

    Ungkapan yang digunakan oleh Kerajaan Negeri Selangor ialah Pemberdayaan Wanita. Sebahagian Program/Projek yang boleh memberdaya wanita adalah seperti berikut:

    Bil. Bidang Fokus Pemberdayaan Program/Projek
    1. Ekonomi 1.  Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MIMBAR)

    2.  Skim Mikrokredit Selangor (SKIMSEL)

    2.       Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA)

    3.       PET SOHO-S

    4.       Laman Dapur

    5.       Daya      Ekonomi        Wanita     (berkonsep

    Koperasi)

    2. Kesihatan 1. Kempen Satu Juta Wanita Selangor Sihat,

    Skim Kesihatan Wanita Mammogram Selangor (SKW MammoSEL)

    2.Program Roadshow kesedaran Kesihatan

    Reproduktif, Kesihatan Mental & Fizikal

    3. Keluarga Model Pusat Keluarga dalam Komuniti

     

    4. Kerjaya dan Pekerjaan 1.            Usaha Advokasi dalam memahami danmenghayati nilai sebenar kerjaya dan pekerjaan untuk wanita agar wanita boleh membuat keputusan yang tepat berkaitan kerjayanya

    2.            Kajian dan advokasi berkaitan sektorinformal di mana berlaku berbagai bentuk diskriminasi dan ketidakadilan terhadap wanita dan jalan-jalan penyelesaian

    5. Sukan dan Rekreasi Advokasi berkaitan nilai sukan dan kesukanan dan penubuhan kelab-kelab sukan di seluruh PWB
    6. Pendidikan dan Latihan Pembangunan Jati Diri Wanita
    7. Sosial,            Budaya            dan Agama Dialog antara agama berkaitan kedudukan, fungsi dan peranan wanita ke arah

    pemberdayaan Wanita Selangor

    8. Hak, Keselamatan dan Undang-Undang 1.            Kempen OSCC (One Stop Crisis Center) /Pusat Krisis Sehenti

    2.            Usaha-usaha advokasi berkaitan undangundang sivil dan syariah, Enakmen Gangguan Seksual, Antipemerdagangan Manusia

    9. Politik dan Pembuatan Keputusan Latihan dan bimbingan dalam celik politik dan usaha-usaha membariskan wanita dalam proses pembuatan keputusan dalam pentadbiran kerajaan negeri, legislatif dan lainnya
    10. Melonjak daya Upaya

    Wanita Intelektual dan

    Profesional

    Mewujudkan jaringan komprehensif wanita intelektual dan profesional, wacana, wadahwadah perbincangan ke arah menghasilkan model-model perlaksanaan yang sesuai untuk kepentingan wanita
    11 Pengarus Utamaan Gender (Gender Advokasi dan model pengarusutamaan gender di peringakat PBT

     

      Mainstreaming)  
    12. Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Usaha-usaha pendedahan yang dinamik kepada wanita agar menceburi bidang ini dengan lebih kefahaman dan meluas sehingga melahirkan takungan wanita pengkaji, saintis yang boleh meningkatkan kualiti hidup wanita dan keluarga mereka

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.