Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

54) STATUS GERAN INDIUVIDU TAMAN MURNI SEPANG

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini geran individu Taman Murni Sepang?

    Geran Individu kepada penduduk Taman Murni Sepang masih dalam tindakan Pejabat Tanah Sepang untuk penyediaan Pelan Ukur (PU) yang akan dikemukakan kepada JUPEN dan mendaftar hak milik oleh Pejabat Pendaftaran Tanah di Shah Alam.

  2. Berapakah pemilik harta yang telah membayar premium tanah dan berapa pemilik masih belum membayar?

    Kesemua 314 permohonan pemberimilikan Taman Murni Sepang telah diluluskan pemberimilikan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, bayaran yang dikenakan setiap seorang adalah seperti berikut:-

    Cukai Bagi Tahun Pertama RM 46.00
    Premium RM100.00
    Bayaran Ukur RM250.00
    Tanda Sempadan RM20.00
    Penyediaan dan Pendaftaran Suratan Hak milik Tetap RM100.00
    Penyediaan dan Pendaftaran Suratan Hak milik Sementara
    Bayaran Pelan Atas Suratan Hak milik Tetap (Redrafting) RM10.00
    Bayaran Notis RM20.00
    Bayaran Pelan Permohonan RM70.00
    Jumlah RM616.00

    Daripada seramai 237 daripada 314 pemohon telah menjelaskan semua bayaran (RM616.00) kepada PTD Sepang. Manakala 77 pemohon masih belum menjelaskan baki bayaran sebanyak RM216 setiap seorang.

  3. Apakah tindakan terhadap pemilik yang tidak mampu membayar premium tanah?

    Pemohon yang tidak dapat menjelaskan bayaran sepenuhnya hak milik tidak dapat didaftarkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.