Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

47) BAJU PROGRAM

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan perbelanjaan-perbelanjaan ini untuk setiap program setiap tahun bermula tahun 2008.

    Berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 6 Tahun 2011 – Perbelanjaan Berhemah, pembelian pakaian adalah tidak digalakkan. Walau bagaimanapun, pembelian pakaian korporat telah diperuntukkan sebanyak 2 helai bagi setiap kakitangan yang berkhidmat di negeri Selangor berdasarkan surat arahan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Sehubungan itu, sebanyak RM80.00 diperuntukkan bagi sehelai pakaian korporat seorang yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1,508,160.00 (9,426 orang x RM160.00) bagi pembelian pakaian korporat di Negeri Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.