Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

44) JOM SHOPPING

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengapakah program Jom Shopping di berhentikan dengan secara tiba-tiba ?

    Program JOM Shopping diberhentikan buat sementara waktu bagi memudahkan proses mengemaskini yang sedang dijalankan.

  2. Sila senaraikan PKM yang bermasalah yang menjadi faktor utama kepada penangguhan program Jom Shopping dan apakah bentuk permasalahan yang di timbulkan ?

    Terdapat dua masalah utama. Pertama, terdapat banyak PKM yang gagal memasukan data peserta yang telah ke program JOM Shopping pada masa yang telah ditetapkan, lihat LAMPIRAN B. Bagi PKM yang gagal memasukan maklumat, mereka telah disekat daripada melakukan program JOM Shopping sehingga maklumat dimasukan ke dalam sistem e-Manfaat. Kedua, terdapat PKM yang telah menyalahgunakan lebihan voucher JOM Shopping yang sepatutnya dikembalikan. PKM ini telah diambil tindakan tegas dan petugas yang bertanggungjawab telah dilucutkan daripada jawatan yang dipegang di PKM.

Lampiran

Tiada Lampiran.