Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

41) HOMESTAY

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah lokasi program homestay di Selangor sehingga Jun 2012?

    a) Selangor terdapat 15 buah homestay yang berlesen dan sentiasa menjadi keutamaan kepada Tourism Selangor dalam aktiviti promosi dalam dan luar negara serta menjadikan ianya antara pakej utama bagi kunjungan Negeri Selangor.
    Walaubagaimanapun pertumbuhan dan perkembangan industri homestay ini dikawal oleh Kementerian Pelancongan Malaysia. Kementerian Pelancongan Malaysia mengeluarkan lesen serta garis panduan serta kriteria yang perlu dipatuhi oleh para pengusaha homestay. Berikut adalah homestay tersebut :
    1) Homestay Kampung Sungai Lang Tengah – Daerah Kuala Langat
    2) Homestay Kampung Endah – Daerah Kuala Langat
    3) Homestay Kampung Batu Laut – Daerah Kuala Langat
    4) Homestay Kanchong Darat – Daerah Kuala Langat
    5) Homestay Kampung Kundang – Daerah Kuala Langat
    6) Homestay Banghuris – Daerah Sepang
    7) Homestay Bougainvillea, Sungai Kertas – Daerah Gombak
    8) Homestay Sungai Tengi – Daerah Hulu Selangor
    9) Homestay Sungai Sireh – Daerah Kuala Selangor
    10) Homestay Batu 23 Sungai Nibong – Daerah Sabak Bernam
    11) Homestay Sungai Haji Dorani – Daerah Sabak Bernam
    12) Homestay Sepintas – Daerah Sabak Bernam
    13) Homestay Air Manis – Daerah Sabak Bernam
    14) Homestay Papitusulem – Daerah Sabak Bernam
    15) Homestay Seri Kayangan – Daerah Sabak Bernam

  2. Berapa jumlah pelancong yang menginap di homestay Selangor mengikut tahun 2009, 2010, 2011?

    Homestay merupakan produk pelancongan yang semakin menarik minat pelancong untuk berkunjung. Ramai pelancong menginap di homestay untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman di dalam suasana kampung yang penuh dengan kehijauan disamping mengikuti aktiviti yang merupakan rutin, adat dan tradisi penduduknya.  Jumlah pelancong yang menginap di homestay Selangor mengikut tahun adalah seperti berikut:

    Tahun Jumlah Pelancong yang Menginap di Homestay Jumlah Pendapatan
    2009 30,971 2,108,787.00
    2010 35,853 1,738,109.00
    Jan – Ogos 2011 22,161 1,467,813.10

    Sumber daripada Tourism Malaysia

  3. Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri untuk mengembang dan menggalakkan industri ini?

    Setakat ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai peruntukan yang khusus bagi pembangunan homestay di seluruh negeri Selangor. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri banyak membantu dari aspek promosi.  Homestay atau Inap Desa adalah merupakan salah satu program pelancong yang semakin popular. Ianya bukan sahaja terdapat di Negeri Selangor bahkan diseluruh Malaysia antaranya seperti di Negeri Kelantan, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan beberapa negeri yang lain . Bahkan program yang hampir sama turut dilakukan di beberapa negera seperti di Taiwan (Leisure Stay) dan negera barat yang turut dikenali sebagai ‘Farm Stay’. Sehubungan dengan itu Tourism Selangor sebagai agensi promosi telah dan akan terus melakukan aktiviti promosi antaranya :

    • Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor sentiasa memainkan peranan utama dalam memastikan produk homestay atau inap desa dipromosikan secara meluas samada di dalam mahupun di luar negara.
    • Tourism Selangor akan menggunakan semua saluran media yang sedia ada mahapun media alternatif serta penggunaan lawan web rasmi Tourism Selangor dalam mempromosikan program yang semakin popular dikalangan pelancong dalam dan luar negara ini .
    • Terdapat beberapa siri lawatan media dan agensi pelancongan dari dalam dan luar negara telah dan akan diatur oleh Tourism Selangor bagi memastikan semua maklumat berkaitan aktiviti homestay dapat sampai dengan tepat dan berkesan kepada para pelancong.
    • Tourism Selangor yang mempunyai aktiviti Skuad Kembara Selangor Shines yang menjelajah ke sekolah-sekolah menengah serta IPTA dan IPTS seluruh Negeri Selangor  serta aktiviti Roadshow Selangor Shines yang membuat promosi keseluruh negara yang turut mengedarkan risalah pelancongan berkaitan homestay cetakan Tourism Selangor kepada masyarakat umum bagi membolehkan mereka mendapat maklumat dan merancang percutian homestay mereka.
    • Tourism Selangor juga telah dan akan merancang dengan membawa beberapa acara bagi menjadikan homestay sebagai lokasi utama penganjuran acara sebagai contoh Larian Bendang dan beberapa acara yang akan dirancang.
    • Pakej-pakej yang menarik dengan pelbagai aktiviti yang bersesuai dengan lokasi sesebuah homestay turut giat di bangunkan dan dijual oleh Tourism Selangor kepada pelancong dalam dan luar negara.

Lampiran

Tiada Lampiran.