Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

40) PERHENTIAN TEKSI

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah Majlis Perbandaran Sepang akan menyediakan perhentian teksi di Bandar Baru Salak Tinggi untuk memudahkan para penumpang?

    MPSepang telah menyediakan hentian teksi tersebut bersebelahan di Medan Selera 88. Walaubagaimanapun, pengusaha – pengusaha teksi tidak mahu memasuki perhentian yang disediakan dengan alasan jauh daripada pusat bandar.

  2. Apakah rancangan PBT dalam mengatasi masalah yang dihadapi oleh para pemandu teksi dan juga para penumpang?

    Setiap pembangunan bandar baru akan disediakan terminal bas / teksi awam. Sebagai contohnya di Cyberjaya telah disediakan dua (2) tapak untuk tujuan terminal bas / teksi. Di samping itu juga, pembangunan pusat membeli-belah juga disyaratkan menyediakan tempat perhentian bas / teksi.

Lampiran

Tiada Lampiran.