Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

31) PENDIDIKAN TINGGI

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi menjayakan Persidangan Akademi Sains dalam Dunia Islam?

    Peruntukan yang telah dibelanjakan bagi menjayakan Persidangan Akademi Sains dalam Dunia Islam adalah sebanyak RM300,000 pada tahun 2009.

  2. Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi menjayakan Persidangan Antarabangsa Pendidikan Islam?

    Sebanyak Rm200,000 telah dibelanjakan bagi menjayakan Persidangan Antarabangsa Pendidikan Islam pada tahun 2012 dan sebanyak Rm200,000 pada tahun 2011.

  3. Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi menjayakan Simposium Antarabangsa IAB-IAS?

    Peruntukan yang telah dibelanjakan bagi Simposium Antarabangsa IABIAS pada tahun 2011 menjayakan sebanyak RM100.000.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.