Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

20) BANJIR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan yang akan diambil untuk mengatasi banjir di Bandar Kajang dan sila memberi jadual pelaksanaan rancangan tersebut.

    Kajian Pelan Induk Bandar Kajang, Daerah Hulu Langat yang siap pada tahun 2010 oleh JPS Malaysia telah mengambilkira perancangan dan keperluan sistem saliran pada masa akan datang. Kajian ini meliputi keseluruhan cadangan pembinaan kolam takungan, kolam perangkap kelodak, mengujudkan kawasan tanah lembap, menaiktaraf pembetong dan sistem saliran serta perangkap sampah.   Ia merangkumi 4 fasa bermula dari tahun 2011 sehingga 2030 meliputi Lembangan Sg. Langat, Daerah Hulu Langat.  Anggaran kos pembinaan adalah sebanyak RM747.13 juta.

    Bagi kawasan Bandar Kajang, kejadian banjir yang telah berlaku adalah disebabkan oleh limpahan air Sg. Jerluh yang merupakan saluran utama melintasi bandar. Dalam RMKe 10, peruntukan siling sebanyak RM27.28 juta telah diluluskan melibatkan Lembangan Sg. Langat.  Mengikut kajian, kos pembinaan bagi kawasan tadahan Sg. Jerluh adalah sebanyak RM14.92 juta. Jadual perancangan bagi projek pembangunan adalah seperti berikut :-

    Fasa
    Tempoh
    (RM) juta
    Fasa 1 2011 – 2015 201.05
    Fasa 2 2016 – 2020 179.21
    Fasa 3 2021 – 2025 207.03
    Fasa 4 2026 – 2030 194.68
  2. Apakah tindakan yang telah diambil oleh PBT untuk mengawal pembangunan yang pesat di bahagian hulu Sg jelok yang merupakan salah satu punca berlaku banjir di Kajang.

    Anggaran Kos Bagi semua permohonan memajukan tanah yang terletak di dalam kawasan tadahan Sg. Jerluh, pihak JPS dan PBT telah bersetuju untuk menyelaras dan menentukan lokasi yang sesuai bagi kedudukan kolam-kolam takungan.

    Mengikut Laporan Kajian tersebut mencadangkan supaya mengujudkan 3 buah kolam takungan yang perlu dibina di bahagian hulu tadahan Sg. Jerluh.  Saiz kolam-kolam  tersebut adalah seluas 10.56 hektar jenis kolam berair dan kolam sedimen.    Memandangkan Bandar Kajang telah hampir keseluruhan tanah dimajukan, pihak PBT perlu menyemak semula permohonan yang berkapasti tinggi kepada kapasiti rendah bagi mengurangkan masalah banjir di Bandar Kajang.

Lampiran

Tiada Lampiran.