Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
12) METER AIR
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah penduduk yang telah terlibat dalam penukaran meter pukal kepada meter individu pada tahun 2009, 2010 dan 2011?
Jumlah penduduk yang terlibat dalam penukaran meter air pukal kepada meter air individu bagi tahun 2009, 2010 dan 2011 adalah seperti berikut:
BIL TAHUN JUMLAH KAWASAN PANGSAPURI BILANGAN AKAUN/ UNIT KEDIAMAN
(PENDUDUK)
1. 2009 27 10,408 2. 2010 29 5,575 3. 2011 31 9,041 JUMLAH 87 25,024 -
Apakah sasaran kerajaan negeri dalam memastikan program ini selesai sepenuhnya?
Kerajaan Negeri mensasarkan penyelesaian program migrasi bagi 10 kawasan pangsapuri secara berperingkat dalam tempoh 12 bulan. Pendekatan ini adalah diambil bagi menyelesaikan isu seperti berikut:
- Kebanyakan pangsapuri tersebut merupakan pemajuan lama yang tidak menepati keperluan teknikal yang ditetapkan SYABAS pada masa kini;
- Kebanyakan kawasan pemajuan mempunyai masalah tunggakan bil air yang tinggi di dalam akaun meter pukal sedia ada.