Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

11) BEKALAN AIR DI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah takungan air yang terdapat di negeri Selangor dan apakah ianya mencukupi untuk seluruh negeri Selangor?

    Loji Rawatan Air yang ada di Negeri Selangor semuanya berjumlah 34 termasuk satu Loji Rawatan Air Sungai Labu yang baru beroperasi pada 01 Jun 2012. Pada masa ini, keupayaan pengeluaran sebenar air dari 34 Loji Rawatan Air adalah sebanyak 4,371 Juta Liter Se Hari.

    Pihak Kerajaan sentiasa mengambil langkah positif untuk memastikan masalah bekalan air tidak menjejaskan projek-projek pembangunan di Negeri Selangor. Justeru itu, beberapa projek sumber air tambahan telah pun dilaksanakan bagi memastikan sumber bekalan air adalah mencukupi seperti berikut:-

    No Nama Projek Kapasiti Tambahan (mld)    
    2012 2013 2014 2015 Jumlah Nota
    1. Projek

    Pembangunan

    Loji Sg Labu

    45 60     105 Loji baru
    2. Projek.

    Peningkatan

    Kapasiti SSP1

      120     120 Meningkatkan keupayaan pengeluaran dari 760 JLH  kpd
    No Nama Projek Kapasiti Tambahan (mld)
    2012 2013 2014 2015 Jumlah Nota
                  190JLH
    3. BRH   25     25 Meningkatkan keupayaan pengeluaran dari 15.6 JLH  kpd 40.6
    4. Projek

    Pengagihan

    Semula Kapasiti

    SSP1

          50 50 Bagi mengagihkan

    lebihan air di Loji

    SSP 1 sebanyak 120 JLH kepada pengguna

    5. Pro. Agihan SSP3       120 120 Bagi mengagihkan

    lebihan air di Loji

    SSP 3 sebanyak 120 JLH kepada pengguna

    6. Pro. Agihan Loji Rasa       100 100 Bagi mengagihkan

    lebihan air di Loji

    SSP 1 sebanyak 100 JLH kepada pengguna

    7. Program NRW   49 52   101 Program menurunkan NRW
      Jumlah 45 254 52 270 621  

    Projek-projek mitigasi ini dijangka siap menjelang akhir 2014 dan dengan siapnya projek mitigasi ini, terdapat 621 JLH air terawat tambahan yang boleh diagihkan kepada pengguna.

    Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa bekerjasama dengan operator loji pembersihan air seperti SPLASH, ABASS dan Puncak Niaga serta agensi yang terlibat dan Suruhanjaya Air Negara (SPAN) langkah-langkah mitigasi telah dilakukan seperti berikut:

    1. Hanya melepaskan air dari empangan berdasarkan keperluan optimum loji sahaja.
    2. Menjalin persefahaman yang mantap bagi semua pihak berkepentingan dalam mengurus sumber air supaya bekalan air bersih tidak terganggu. iii) Memantau paras air di muka sauk bagi memastikan kuantiti air yang dipam adalah mencukupi dan tidak memberi kesan ke atas operasi pam air mentah hingga mengakibatkan kegagalan.
    3. Sentiasa memantau dan bertindak sewajarnya sekiranya simpanan air mencapai tahap 50%.
    4. Masyarakat umumnya sentiasa diminta berjimat cermat terhadap penggunaan air sewaktu musim kemarau.

    Selain itu, LUAS sebagai badan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan air di Negeri Selangor turut mengambil kira beberapa langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku masalah air di Negeri Selangor. Salah satu penyelesaiannya adalah penggunaan sumber air alternatif iaitu menggunakan air permukaan seperti air tasik, lombong dan sebagainya untuk keperluan harian. Sumber air bumi juga merupakan penyelesaian terhadap kekurangan bekalan air di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, sumber air bumi masih belum meluas penggunaannya dan perlu dikomersialkan.

    Pakar Air yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor juga akan membuat kajian bagi mengenal pasti  Loji-loji rawatan air yang boleh dioptimumkan pengeluarannya di samping membuat kajian mengenai penggunaan teknologi baru di dalam mempertingkatkan pengeluaran air bersih dari Loji-loji sedia ada.

  2. Berapakah jumlah air yang dikategorikan minimum bagi setiap kolam takungan air?

    Di bawah Perjanjian Konsesi di antara Kerajaan Negeri Selangor dan Operator Rawatan Air, setiap Loji Rawatan Air yang dikendalikan oleh Operator Rawatan Air seperti SPLASH, ABASS dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd mesti mengeluarkan air berdasarkan kepada jumlah yang telah dipersetujui di dalam perjanjian. Walau bagaimanapun, bagi pembekalan air kepada pengguna, air dari Loji Rawatan perlu disimpan di dalam Kolam-Kolam Takungan seperti Kolam Imbangan, Kolam Perkhidmatan yang mana ini adalah di bawah pengendalian SYABAS.  Setiap kolam takungan mempunyai saiz yang berbeza dan setiap Operator Rawatan Air perlu membekalkan air ke kolam-kolam tersebut mengikut isi padu yang telah ditetapkan kerana apabila air dalam  kolam takungan di bawah isi padu yang ditetapkan, pengepaman air kepada pengguna tidak dapat dibuat. Belum ada kejadian kolam takungan di bawah paras yang ditetapkan  melainkan apabila ada kerja-kerja pembaikan atau henti tugas loji dibuat.

  3. Apakah yang menyebabkan Syarikat Bekalan Air Selangor yang menolak banyak permohonan Syarikat Perumahan dan Pembangunan bagi memohon sumber air dengan member alasan tekanan tidak mencukupi.

    SYABAS telah menangguhkan kelulusan ke atas permohonan kebenaran merancang dan punca bekalan air dari pemaju-pemaju berdasarkan dakwaan terdapat masalah kekurangan kapasiti bekalan air yang boleh dibekalkan oleh loji-loji rawatan air bersih sedia ada. Menurut laporan yang diberikan oleh pihak SYABAS, loji-loji rawatan air sedia ada tidak mampu untuk menampung pengeluaran overloaded yang berterusan.

    Mengikut Laporan Kajian yang dibuat oleh Tetuan Erinco Sdn Bhd, Loji-loji Rawatan Air milik Kerajaan Negeri Selangor berkeadaan baik.  Dari kajian tersebut, didapati  62% Loji adalah dalam keadaan baik dan boleh ditambah baik, 14% telah mencapai tahap pengeluaran optimum dan 21% memerlukan penambahbaikan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.