Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
10) PASAR BARU MBSA KAMPUNG BARU SUBANG
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kenapa belum dibuka untuk penjaja lagi?
Projek ini merupakan sebuah projek penswastaan di antara Tetuan Kerajaan Negeri Selangor (UPEN) dan Tetuan Gaya Irama. Kerja-kerja pemasangan alatan Sewarage Treatment Plant (STP) dijanjikan pada 17 Mei 2012 namun tidak dapat dilaksanakan kerana pemaju menghadapi masalah kewangan. Walaubagaimanapun perkara ini telah dapat diselesaikan. Pihak pemaju telah pun memulakan kerja-kerja pemasangan pada 22 Jun 2012 dan dijangka mengambil masa 2 minggu (6 Julai 2012). Seterusnya kerja-kerja testing dan commissioning akan dibuat selepas ini. Pemaju (Tetuan Gaya Irama) menjangkakan pada 3 Ogos 2012 akan mendapatkan surat-surat sokongan jabatan teknikal untuk pihak arkitek mengeluarkan CCC.
-
Bilakah ianya akan siap sepenuhnya dan penjaja dipindahkan?
Pada peringkat awal pihak pemaju menjangkakan projek akan siap sepenuhnya pada bulan Januari 2012. Namun kerja-kerja di lapangan masih belum selesai sepenuhnya sehingga kini. Pemindahan penjaja akan dilakukan oleh Majlis selepas bangunan pasar tersebut diserahkan kepada pihak Majlis oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri. Senarai penjaja yang akan dipindahkan telah disediakan. Pihak UPEN telah mengaturkan satu lawatan tapak pada 29 Jun 2012 (Jumaat) jam 9.00 pagi.