Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

7) TANAH KURNIAAN KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kelayakan atau syarat untuk rakyat Negeri Selangor mendapatkan tanah kurnia Kerajaan Negeri?

    Kelayakan atau syarat untuk rakyat Negeri Selangor bagi mendapatkan tanah kurnia Kerajaan Negeri adalah mengikut Seksyen 43 Kanun Tanah Negara (KTN), yang menyenaraikan orang atau badan yang boleh menerima adalah :

    1. Orang-orang benar selain daripada remaja;
    2. Perbadanan-perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah perlembagaan mereka untuk memegang tanah;
    3. Raja-raja pemerintah, kerajaan, organisasi dan lain-lain orang yang diberi kuasa untuk memegang tanah di bawah peruntukan-peruntukan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular, 1957;
    4. Badan-badan yang diberi kuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.
  2. Senaraikan jumlah tanah dan penerima yang telah menerima tanah ini dari tahun 2009, 2010 dan 2011.

    Jumlah penerima yang telah menerima tanah kurnia dari tahun 2009 hingga 2011 adalah sebanyak 4,058 pemohon dan pecahan daerah adalah seperti dalam jadual berikut :-

    BIL DAERAH JUMLAH PENERIMA TANAH KURNIA SEJAK 2009 HINGGA 2011
    1 Hulu Selangor 378
    2 Hulu Langat 604
    3 Kuala Selangor 350
    4 Petaling 183
    5 Sepang 578
    6 Kuala Langat 11
    7 Gombak 561
    8 Sabak Bernam 1345
    9 Klang 48
    JUMLAH 4058

     

Lampiran

Tiada Lampiran.