Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

86) PRESTASI BOLA SEPAK SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha yang dapat meningkatkan prestasi bola sepak Selangor?

    Kewangan dan perancangan            yang   konsisten       adalah            keperluan          bagi meningkatkan lagi prestasi bola sepak Selangor. Manakala prestasi dari segi pentadbiran, kejurulatihan, pengadil dan pembangunan belia serta mengadakan kejohanan dari semua peringkat umur adalah bertujuan melahirkan ramai pelapis bola sepak di negeri Selangor

  2. Senaraikan kejohanan yang dimenangi sejak kerajaan Pakatan memerintah Selangor.

    Berikut adalah senarai kejohanan yang dimenangi sejak Kerajaan Pakatan memerintah Selangor:

    1. Liga Super (2009,2010)
    2. Piala FA (2009)
    3. Piala Selangor (2008)
    4. Piala Presiden (2008)
    5. Piala Sumbangsih (2009, 2010)
    6. Futsal Wanita (2009, 2010) – Futsal Lelaki (2010)
  3. Adakah bola sepak Selangor melibatkan jurulatih dan pemain dari luar negara?

    Mulai tahun 2012, FAM telah membenarkan pemain dari luar Negara untuk bermain di Liga Malaysia. Pasukan Selangor telah memilih 2 orang pemain dari luar Negara dan jurulatih Selangor adalah jurulatih tempatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.