Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

79) ISU PASIR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah motif isu pasir ini ditimbulkan kembali?

    Isu pasir ditimbulkan kembali mungkin kerana ingin mengecil-ngecilkan kejayaan Kerajaan Negeri di dalam meningkatkan hasil dari bahan ini.

  2. Adakah pihak yang menimbulkan isu ini diperalat oleh pihak musuh?

    Pihak yang menimbulkan isu ini mungkin terdiri dari mereka yang dengki dengan pencapaian Kerajaan Negeri melalui KSSB di dalam meningkatkan kutipan royalti.

  3. Walaupun pihak SPRM sahkan bersih dari rasuah, tidakkah kerajaan bercadang mengeluarkan penyata pengeluaran dan pendapatan di bawah pentadbiran sekarang?

    Penyata pembayaran royalti kepada Kerajaan Negeri oleh KSSB melalui Pejabat Tanah/Daerah sentiasa maklumkan kepada Kerajaan Negeri secara berkala. Maklumat ini juga sentiasa dibincangkan di dalam setiap sidang DUN untuk makluman semua ADUN dan rakyat.

Lampiran

Tiada Lampiran.