Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
65) KUTIPAN CUKAI DI PASAR BESAR, TUNGGAKAN
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah kutipan cukai perniagaan yang dikutip di Pasar besar Meru sepanjang tahun 2012?
Jumlah kutipan permit ditapak promosi di Kompleks Pasar Besar Jalan Meru bagi tahun 2012 ialah :-
Bulan Januari 2012 : RM31,172.00 Bulan Februari 2012 : RM31,184.00
01 hingga 04 Mac 2012 : RM 4,984.00
: RM67,340.00
Manakala jumlah kutipan bayaran lesen perniagaan untuk Pasar Besar Jalan Meru tahun 2012 pula ialah RM181,150.00
-
Berapakah jumlah peniaga yang beroperasi di pasar Besar Meru?
Jumlah peniaga yang berniaga di Pasar Besar Jalan Meru ialah 631 peniaga.