Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
62) GERAN SELANGORKU Ð PROGRAM KEUSAHAWANAN MUDA
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah dasar dan garis panduan yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri agar geran sebanyak RM50 juta ini tidak bertindih dengan program- program SkimSel dan MiMBAR?
Program keusahawanan muda yang melibatkan dana RM30 juta akan bekerjasama rapat dengan pengurusan program-program SkimSel dan MiMBAR dalam perkongsian pangkalan data bagi memastikan tiada pertindihan.
-
Apakah jenis dan kategori perniagaan yang melayakkan usahawan- usahawan muda mendapat peruntukan daripada geran ini?
Kategori perniagaan adalah terbuka dan akan dinilai mengikut beberapa kriteria termasuk risiko, daya maju serta tahap kesediaan usahawan terbabit.
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang agar golongan OKU di kalangan usahawan muda akan diberikan keutamaan dan keistimewaan?
Kerajaan Negeri akan menimbang keutamaan mengikut merit masingmasing, termasuk bagi golongan OKU.