Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

58) BANJIR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kos kerugian yang dialami dalam banjir di Bandar Kajang pada bulan Disember 2011 dengan mengikut jumlah kerugian harta benda.

    Hasil bancian dari Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPKj, kos kerugian kasar premis akibat banjir adalah dalam lingkungan RM2,727,200.00. Manakala jumlah kerugian di sekitar Pasar Kajang dan Jalan Rosak berhadapan Pasar adalah sebanyak RM25,000.00.

  2. Apakah rancangan panjang dan pendek untuk mencegah Bandar Kajang dari berlaku banjir lagi?

    Permasalahan banjir di bandar kajang adalah berpunca dari limpahan air sungai jeluh. Taburan hujan yang diterima pada waktu kejadian banjir adalah sebanyak 87mm melebihi paras bahaya iaitu 60mm  dan dianggap sebagai fenomena hujan luar biasa. Kerajaan negeri kini sedang dalam langkah proaktif melaksanakan projek jangka pendek iaitu pengorekan dan pembersihan Sungai Jeluh pada bulan April ini. Di samping itu, projek jangka panjang yang telah dirancang akan dilaksanakan secara berfasa melibatkan kerja pembinaan semula jambatan di kawasan Pasar Kajang dan kerja pelebaran sungai seawal bulan Mei.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.