Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

57) PENDAPATAN PASIR TERKINI

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah hasil pendapatan pasir yang terkini dari segi cukai, premium dan royalti dan bagaimana wang ini telah digunakan untuk pembangunan di negeri Selangor?

    Rekod bayaran royalty pasir oleh KSSB dari tahun 2008 (September –

    Disember) hingga 2012 (Januari&Februari) adalah seperti berikut;

      Jumlah Royalti Dibayar Oleh KSSB (RM)  
    2008

    (Sept Dis)

    2009 2010 2011 2012

    (Jan &

    Feb)

    Jumlah
    525,000 5,132,88 7 10,796,49 4 16,051,806 1,352,59 2 33,858,78 0

    Bayaran royalty oleh KSSB dimasukkan di dalam Kumpulan Wang Yang Di satukan untuk perbelanjaan pentadbiran dan pembangunan Negeri Selangor.

  2. Adakah Kumpulan Semesta Sendirian Berhad (KSSB) bercadang untuk membekalkan pasir halus yang mempunyai pasaran yang besar di Selangor dengan harga yang lebih munasabah?

    Majoriti lombong-lombong yang diusahakan sendirioleh KSSB mengeluarkan pasir konkrit untuk memenuhi pasaran pengusaha-pengusaha konkrit. Namun pengeluaran sekarang masih tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pasaran. Terdapat 1 lombong KSSB di KambingSusu yang mengeluarkan pasir halus serta pasir konkrit.

    Lombong-lombong persendirian (sebanyak 5buah) di bawah kelolaan KSSB serta kontraktor-kontrak cucigali sungai KSSB (26 lokasi) yang sedang beroperasi ada mengeluarkan pasir halus, pasir kasar serta pasir kotor.Mereka ini menjual pasir-pasir tersebut pada harga yang ditetapkan oleh mereka sendiri.

Lampiran

Tiada Lampiran.