Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
50) PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR DI BAWAH PELAN TINDAKAN AGENDA SELANGORKU
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan mengikut kawasan Dewan Negeri di bawah Pelan Tindakan Agenda Selangorku bagi memperbaiki dan menyelenggara infrastruktur di bawah Pihak berkuasa Tempatan ?
Peruntukan keseluruhan untuk penyelenggaraan infrastruktur di bawah Geran Selangorku adalah lima juta ringgit. Projek-projek diluluskan mengikut keperluan dan sasaran kita adalah seboleh-bolehnya di kesemua 56 DUN (2 projek setiap DUN) sebagai Fasa Pertama sebelum Jun 2012.