Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
48) PENGURUSAN SISA PEPEJAL OLEH RECYCLE ENERGY SDN BHD(RDF) DI MPKJ
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Terdapat banyak sisa pepejal dilonggok di luar bunker loji RDF dan keadaan ini adalah dibenarkan oleh pihak kerajaan atau tidak?
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor menjalankan siasatan penguatkuasaan ke atas loji “Refuse Derived Fuel (RDF)” yang terletak di Lot 3041 & 3042, Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih, Selangor secara berjadual bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap Syarat-Syarat Kelulusan Laporan “Detailed Environmental Impact Assessment (DEIA)” yang telah dikeluarkan pada 3 Januari 2006 kepada pemaju projek, Recycle Energy Sdn. Bhd.
Hasil siasatan penguatkuasaan terkini oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor pada 31 Januari 2012 mendapati operasi loji RDF gagal mematuhi syaratsyarat kelulusan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 seperti berikut :-
- Melonggokkan sisa pepejal dan “bottom ash” di luar bangunan loji RDF di mana aktiviti ini adalah tidak dibenarkan dan tidak mematuhi pelan tatatur (layout plan) kawasan penstoran yang telah diluluskan di dalam Laporan DEIA bagi mencegah sebarang pencemaran ke alam sekeliling;
- Tidak mengemukakan laporan percontohan kualiti pelepasan dari cerobong ke udara dan kualiti pelepasan efluen yang terhasil dari operasi loji;
- Tidak mengemukakan data-data mengenai kualiti pelepasan dari cerobong secara berterusan dan “on-line” dari peralatan “Continuous Emission Monitoring Systems (CEMS)” yang telah dipasang di premis loji RDF; dan
- Tidak melaksanakan penstoran dan pelabelan bekas-bekas yang mengandungi Buangan Terjadual mengikut kehendak-kehendak PeraturanPeraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah membuka Kertas Siasatan dan sedang melengkapkan maklumat-maklumat kes bagi mengambil tindakan undang-undang ke atas Recycle Energy Sdn. Bhd. kerana gagal mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 seperti di atas.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, hasil pemeriksaan berjadual yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar, sehingga kini sebanyak 2 kes mahkamah telah dikenakan ke atas kilang ini dengan hukuman denda sebanyak RM 15,000.00, sebanyak 3 kompaun telah dikeluarkan ke atas kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya, dan sebanyak 5 Notis Arahan telah dikeluarkan ke atas premis ini semenjak ianya mula beroperasi dari 2006.
-
Adakah Jabatan Alam Sekitar memantau loji RDF dan apakah hasil pemantauan tersebut?
Sama seperti di SUB(a)
-
Sehingga kini berapakah jumlah tenaga elektrik telah dihasilkan oleh power plant RDF dan berapakah telah dijual kepada TNB?
Sama seperti di SUB(a)