Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

45) JUMLAH TANGKAPAN JAIS

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah tangkapan khalwat yang dicatatkan sepanjang tahun 2011?

    Jumlah tangkapan khalwat sepanjang tahun 2011 adalah seramai 1673 orang di mana majoritinya adalah dari peringkat umur 21 hingga 30 tahun.

  2. Berapakah jumlah pendakwaan yang dibawa ke mahkamah?

    Sebanyak 1860 jumlah pendakwaan yang dibawa ke mahkamah pada tahun 2011 merangkumi semua kesalahan jenayah syariah.

  3. Apakah program yang dilaksanakan bagi mengawal masalah ini?

    Program yang dijalankan bagi mengawal masalah ini ialah dengan mengadakan penyampaian taklimat pemahaman undang-undang kepada orang awam seperti di sekolah, institut pengajian tinggi dan juga tempat awam. Selain itu, Bahagian Penguatkuasaan turut mengadakan Kursus Bimbingan Rohani (KUBRO) 5 kali setahun dan Seminar Masih Ada Yang Sayang 2 kali setahun bagi mereka yang telah ditahan tetapi kesnya tidak didakwa di Mahkamah.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.