Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
40) LATIHAN TRAINING OF TRAINERS (TOT) BAGI GURU SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah guru-guru Sekolah Agama Rakyat yang telah menerima latihan Training of Trainers (TOT) daripada Kerajaan Negeri dan apakah jenisjenis latihan yang diterima ?
Bermula tahun 2009,Guru –guru KAFA di Sekolah Agama Rakyat telah diberi latihan – latihan jangka pendek mengikut modul-modul yang disediakan di Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS) dan Pusat Sumber Pendidikan (PSPJ) sehingga sekarang kerjasama sedang terus dibuat bersama NGO – NGO sekolah Persendirian termasuk Persatuan Institut Tahfiz Selangor (PITAS) dan Majlis Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor. Pada tahun 2011 jumlah guru yang dapat mengikuti latihan adalah seramai 589 orang. ii- Jenis-jenis latihan yang diberikan ialah :
- Kursus Pengajaran Dan pembelajaran Berkesan
- kursus Pedagogi Pendidikan Islam
- Kursus Psikologi Pendidikan menurut Islam
- Kursus kemahiran Kaunseling
- Kursus Pengurusan Dan pentadbiran
- Kursus Kemahiran ICT