Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
35) BILLBOARD DI MPAJ
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan semua billboard di bawah MPAJ dan bayaran yang dikenakan untuk setiap billboard.
Senarai billboard dan bayaran yang dikenakan untuk setiap billboard di kawasan MPAJ adalah seperti di Lampiran 1.
-
Bagaimanakah billboard yang berada ditepi MRR2 dapat diluluskan? Sila nyatakan kriteria.
Kerajaan Negeri telah menyediakan satu Garis Panduan Papan Iklan Luaran (Billboard) di Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor untuk diguna pakai oleh semua PBT di Negeri Selangor.
Namun begitu, semua PBT dibenarkan untuk membuat penyelarasan dan penambahbaikan ke atas garis panduan sedia ada supaya sesuai dengan peraturan di PBT masing-masing.
Setakat ini, di kawasan pentadbiran MPAJ, tiada pertambahan jumlah billboard yang dibina di tepi MRR2. Kerja-kerja mendirikan struktur billboard pada masa ini adalah bagi permohonan terdahulu yang telah lulus. Ianya juga melibatkan kerjakerja menaiktaraf billboard sedia ada akibat penjajaran jalan projek penyuraian trafik oleh pihak JKR di MRR 2. Jumlah billboard sedia ada di tepi MRR2 di kawasan MPAJ yang telah diluluskan setakat ini adalah sebanyak 60 unit dengan hasil kutipan sebanyak RM701,960.00.
Kriteria kelulusan billboard di tepi MRR2 adalah seperti berikut:-
- Kelulusan permohonan mendirikan billboard hendaklah selaras dengan garis panduan sedia ada iaitu :
- Garis panduan Pemasangan Papan Iklan Luaran (Billboard) MPAJ 2010.
- Garis Panduan Papan Iklan Luaran di Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor yang di keluarkan melalui Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) PBT:SPBT bil. 3/2009).
- Mendapat kelulusan TOL daripada Pejabat Tanah.
- Mendapat sokongan daripada semua Jabatan Teknikal Dalaman Majlis iaitu :
- Kelulusan permit struktur daripada Jabatan Bangunan dan Seni bina, MPAJ.
- Mendapat kelulusan Kebenaran Merancang (KM) menaikkan struktur billboard daripada Jabatan Perancang Bandar, MPAJ.
- Mendapat sokongan kesesuaian lokasi bagi mendirikan struktur billboard daripada Jabatan Perancang Bandar dan Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta Majlis, MPAJ.
Semua permohonan billboard akan dibincang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Taskforce Khas Billboard dan Menara Telekomunikasi MPAJ. Laporan mesyuarat tersebut akan dibentangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Majlis dan Mesyuarat Penuh Majlis setiap bulan.
- Kelulusan permohonan mendirikan billboard hendaklah selaras dengan garis panduan sedia ada iaitu :