Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

32) MENGHARGAI WARGA EMAS

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah yang telah mendaftar sebagai ahli SMUE ini?

    Sehingga 29hb Februari 2012, seramai 180,785 orang telah berdaftar dengan Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

  2. Berapakah jumlah warga emas yang telah mendapat manfaat Jom Shopping ini?

    Sehingga 29hb Februari 2012, sejumlah RM4,360,900.00 telah dibelanjakan untuk program JOM Shopping yang melibatkan sejumlah 43,609 orang Ahli Skim Mesra Usia Emas yang berdaftar.

  3. Tidakkah terdapat cadangan untuk warga emas menggunakan sejumlah RM1000 semasa mereka masih hidup?

    Buat masa ini Kerajaan Negeri Selangor merancang mewujudkan pelbagai program untuk dinikmati oleh Ahli SMUE yang masih hidup tanpa menyentuh wang manfaat RM2500.00 sebagaimana program JOM Shopping dan programprogram lain yang akan menyusul.

Lampiran

Tiada Lampiran.