Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
31) GERAN SELANGORKU Ð DARI KEBAJIKAN KEPADA PEKERJAAN
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah objektif-objektif yang digariskan bagi program ini?
Objektif Geran Selangorku – Dari Kebajikan Kepada Pekerjaan adalah untuk membuka peluang pekerjaan bagi mengubah kehidupan dan membentuk jati diri melalui program latihan kemahiran dan teknikal.
-
Bagaimanakah geran RM20 juta ini akan disalurkan?
Geran ini akan disasarkan kepada penerima bantuan kebajikan (melalui Agensi Pusat Zakat sebagai contoh) .
-
Apakah institusi-institusi serta penempatan latihan vokasional dan kemahiran yang telah disenaraikan oleh Kerajaan Negeri?
Perkara ini masih di peringkat penilaian berdasarkan permohonan yang diterima.