Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

25) PELAN TINDAKAN GAJI MINIMA

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Pelan Tindakan ke atas perlaksanaan gaji minima bagi sektor awam dan swasta?

    Tiada sebarang Pelan Tindakan ke atas perlaksanaan gaji minima bagi sektor-sektor awam kerana Polisi ini hanya melibatkan Anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri sahaja dan Anak-anak Syarikat di bawah MBI tidak mempunyai kakitangan yang digaji di bawah polisi gaji minima ini.

  2. Apakah usaha kerajaan Negeri dalam mengawal pengambilan pekerja-pekerja asing di sektor swasta, sehingga menafikan peluang pekerjaan bagi warga tempatan?

    Tidak berkenaan

Lampiran

Tiada Lampiran.