Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
21) HEMODIALISIS LZS
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan pusat hemodialisis yang dipunyai LZS di seluruh negeri Selangor?
LZS tidak mempunyai atau memiliki pusat hemodialisis sendiri. Namun begitu, terdapat empat buah dialisis yang diuruskan di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) iaitu di Wisma MAIS, Seksyen 3, Shah Alam, Sungai Besar (Sabak Bernam), Kuala Selangor, dan Batu 4, Kapar, Klang.
-
Berapakah kos untuk menguruskan semua pusat berkenan?
Tiada kos yang terlibat kerana LZS tidak memiliki pusat hemodialisis.
-
Adakah cadangan untuk diujudkan di DUN Meru?
Pada masa ini, LZS sedang menjalankan feasilbility study (kajian kesesuaian) berkenaan pusat hemodialisis. Hal ini kerana LZS berusaha untuk memastikan kesihatan asnaf berada dalam keadaan baik termasuk dengan menyediakan rawatan bagi penyakit-penyakit kritikal.