Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

18) BANTUAN KEPADA PENIAGA KECIL

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Terdapat peniaga-peniaga kecil diibaratkan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Apakah langkah dan keprihatinan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dalam membantu memajukan perniagaan peniaga tersebut?

    Bagi membantu peniaga-peniaga kecil tersebut, Kerajaan Negeri telah mewujudkan beberapa skim bantuan perniagaan seperti Bantuan Dana IKS yang mana peniaga yang terlibat di dalam sektor pembuatan contohnya perusahaan membuat kerepek akan diberikan bantuan mesin pemprosesan dengan nilai yang tidak melebihi RM10,000.00. Selain dari itu juga, Kerajaan Negeri juga telah mewujudkan skim pinjaman Mikro Kredit (SKIMSEL) dan juga MiMBAR.

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menurunkan kos lesen atau sewaan premis di bawah kelolaan Kerajaan Negeri bagi membantu meringankan beban kos peniaga terbabit?

    Premis perniagaan yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri tidak menawarkan kos sewaan yang tinggi. Sebagai contohnya, sewaan lot niaga di Pasar Seri Giant Shah Alam, kadar sewaan adalah sebanyak RM500.00 sahaja berbanding dengan kadar sewaan yang dikenakan oleh pihak Giant Shah Alam yang mencecah sehingga RM3,000.00 untuk kiosk jualan.

  3. Nyatakan jumlah peniaga kecil yang akan dan telah diberikan bantuan dari Kerajaan Negeri di kawasan Pelabuhan Klang?

    Secara keseluruhannya, bagi Daerah Kelang, penerima di bawah Skim Dana IKS adalah seramai 120 orang dengan jumlah RM730,622.00

Lampiran

Tiada Lampiran.