Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

17) PELABURAN DI LUAR NEGARA

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan dengan detail berapakah pelaburan yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui anak syarikat di luar Negara ?

    Kerajaan Negeri ada membuat pelaburan di luar negara melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan KDEB manakala tiada pelaburan yang dibuat di luar negara oleh anak-anak syarikat yang lain. Kos pelaburan tersebut adalah berjumlah RM65.2 juta.

  2. Sila huraikan apakah jenis pelaburan yang dibuat ?

    Perincian pelaburan adalah seperti di

    LAMPIRAN

    PELABURAN YANG TELAH DIBUAT OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR MELALUI ANAK SYARIKAT DI LUAR NEGARA

    ANAK-ANAK SYARIKAT PERINCIAN PELABURAN JENIS

    PELABURAN

    PRESTASI PELABURAN
    PKNS Tempat: Masscorp

    Chile, Chile

    Kos pelaburan: RM

    14 juta

    Hartanah Tiada pulangan yang diperolehi oleh

    PKNS daripada pelaburan tersebut sehingga kini.

    PKNS     (melalui

    Worldwide

    Holding Berhad)

    Tempat:                Perth,

    Australia

    Dimiliki oleh Worldwide Ventures Pty Ltd100% owned by W/Wide

    Kos pelaburan: AUD

    3.6 juta

    (=RM 11.5 juta)

    Tarikh pegangan:

    17 Ogos 2010

    Pemilikan saham Dijangka mendapat pulangan      pada

    hujung 2012

    PKNS     (melalui

    Worldwide

    Holding Berhad)

    Tempat: British Virgin Island

    Dimiliki oleh Eastern

    Glory     –     owned     by

    Emerald Crest  S/B

    (Susidiary of W/Wide)

    Kos :RM 31 juta

    Tarikh        pegangan:

    1997

    Pemilikan saham Pulangan terkumpul sehingga 31/12/11:

    RM 41 juta

    KDEB Tempat: Mekah

    Kos      : RM 8.7 juta

    Hartanah Tiada pulangan yang diperolehi oleh

    KDEB          daripada

     

    ANAK-ANAK SYARIKAT PERINCIAN PELABURAN JENIS

    PELABURAN

    PRESTASI PELABURAN
      Dua (2) unit apartment di Menara Al Marwah, Mekah   pelaburan             tersebut sehingga kini.
  3. Sila nyatakan bagaimanakah prestasi pelaburan tersebut ?

    Sama seperti di SUB(b)

Lampiran

Tiada Lampiran.