Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
16) JALAN TIDAK BERTUAN
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Jalan Impian Putra ke sebelah jambatan ke Pekan Bangi dianggap Ôjalan tidak bertuanÕ dan tiada pihak menyelenggarakannya. Apakah status Ôjalan yang tidak bertuanÕ kerana menggunakan tanah ada pemilik?
Status jalan adalah tanah milik MPKj
-
Tidakkah wajar pihak pemaju/ MPKj mengambil tanggungjawab menjaga dan membersihkan kawasan tersebut?
Masih di bawah penyelenggaraan oleh pihak pemaju Dasar Beringin Sdn Bhd kerana merupakan syarat pembangunan di kawasan berhampiran.
-
Jalan-jalan di tempat tersebut juga rosak. Siapakah yang harus bertanggungjawab membaiki jalan ini?
Pihak MPKj akan mengarahkan pihak pemaju Dasar Beringin Sdn Bhd agar menjalankan kerja-kerja pembaikan dengan kadar segera.