Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

15) GERAN SELANGORKU Ð PROGRAM PENERANGAN MAKLUMAT NEGERI

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah program yang diperuntukkan sebanyak RM10 juta dalam geran ini akan diselaraskan dengan program-program yang sedia ada di bawah GLC Negeri, CCSB?

    Jawatankuasa Pemandu Geran Selangorku bekerjasama rapat dengan CCSB termasuk mengenal pasti keperluan penerangan mengikut demografi bagi penyelarasan serta mengoptimasi jentera CCSB yang sedia ada.

  2. Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk melaksanakan program ini melalui DUN?

    Terdapat program-program generik seperti billboard yang boleh diseragamkan di setiap DUN dan terdapat juga program-program khusus bagi memastikan penerangan benar-benar sampai ke rakyat Selangor termasuk menambahbaik pengedaran akhbar Selangorkini.

  3. Apakah badan atau agensi pemantau yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri dalam melaksanakan penyaluran geran ini?

    Jawatankuasa kerja Geran Selangorku akan bekerjasama dengan agensiagensi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan memantau perlaksanaan projek-projek ini bersama-sama dengan wakil-wakil rakyat di kawasan terlibat.

Lampiran

Tiada Lampiran.