Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

14) PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri menyediakan pelan pengangkutan awam darat Selangor yang komprehensif?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) Negeri Selangor telah menyediakan pelan pengangkutan awam yang komprehensif serta dapat memberikan kemudahan kepada semua penduduk. Antara langkah yang telah dilaksanakan adalah dengan menyediakan pelan laluan bas henti-henti di setiap PBT untuk dikemukakan kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Selain daripada itu, Kerajaan Negeri menggalakkan sebarang projek pembinaan lebuhraya yang dapat memenuhi kepada prinsip Kerajaan Negeri.

  2. Dengan kepesatan pertumbuhan penduduk, bagaimanakah keperluan pengangkutan awam rakyat Selangor dapat dipenuhi?

    Kerajaan Negeri sentiasa mencari langkah bagi mengatasi masalah kepesatan pertumbuhan penduduk yang semakin meningkat. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri melalui pihak JPBD telah menyelaraskan di antara keperluan pengangkutan awam yang diperlukan untuk rakyat Selangor di dalam Pelan Pengangkutan Awam dan telah diserahkan kepada pihak SPAD.

  3. Adakah kerajaan negeri bercadang melibatkan anak syarikat negeri dalam sektor pengangkutan awam?

    Kerajaan Negeri tidak akan melibatkan anak syarikat Kerajaan Negeri dalam sebarang aktiviti pembangunan kemudahan awam. Ini adalah disebabkan sebarang aktiviti pembangunan dan perancangan pengangkutan awam adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dibantu oleh agensi berkaitan serta Kerajaan Negeri yang terbabit.

Lampiran

Tiada Lampiran.