Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

10) PERMASALAHAN BANJIR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Secara amnya jika berlakunya banjir akan mengakibatkan kerugian kepada harta benda serta kehilangan nyawa, kebanyakan masalah banjir kilat yang kerap berlaku adalah berpunca daripada sistem perparitan yang bermasalah. Apakah bentuk kemudahan dalam menangani dan menambahbaikkan sistem perparitan sedia ada bagi mengatasi masalah tersebut?

    Pelaksanaan projek mencegah banjir pada dasarnya dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu secara struktur dan bukan struktur. Bagi menambah baik sistem perparitan sedia ada, penyelesaian secara mekanikal dengan penggunaan rumah pam juga dapat membantu mempercepatkan aliran air ke sungai. Namun begitu pelaksanaannya melibatkan kos yang tinggi dan dianggarkan keperluan mencecah jutaan ringgit bagi memenuhi keperluan ini. Kerajaan negeri kini sedang dalam menyediakan inventori dan keperluan pembinaan rumah pam bagi keseluruhan Negeri Selangor dan akan dilaksanakan secara berperingkat.

  2. Selain dari melebar dan mendalamkan sistem perparitan serta menyediakan kolam takungan, adakah mekanisme lain dari itu?

    Sepertimana yang dinyatakan pada soalan sebelum ini selain dari mendalamkan sistem perparitan serta menyediakan kolam takungan, pelaksanaan kawalan secara mekanikal seperti pembinaan rumah pam dan pembinaan struktur pintu kawalan pasang surut juga boleh membantu di dalam mengawal paras air saliran bagi mengelakkan banjir.

  3. Nyatakan statistik terkini kawasan yang kerap dilanda banjir kilat di Negeri Selangor khususnya Pelabuhan Klang?

    Statistik kejadian banjir di negeri selangor secara keseluruhan adalah seperti yang berikut

      TAHUN JUMLAH KAWASAN TERLIBAT
    2008   97
    2009   55
    2010   44
    2011   70

    Bagi kawasan di pelabuhan klang statistik adalah seperti yg berikut

    TAHUN KAWASAN KEKERAPAN
    2011 Jalan Sungai Keladi Mac 2011
      Pulau Indah  
    2012 Pulau Indah dan Sementa 2 Mac 2012

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.